Wednesday, August 19, 2009

Hari Ini 3 Tahun Yang Lalu..

Salam utk semua pembaca blog. Tiga tahun yang lalu pada tarikh hari ini, aku dan isteri tercinta selamat diijabkabulkan di Surau Al-Falah Sikamat. Dengan sekali akad, maka sahlah aku bergelar suami kepada seorang isteri seorang insan yang aku sayangi bernama Zuraini. Maka, bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri di alam rumahtangga. Hubungan yang dibina atas tali percintaan yang kami berdua susuri selama 8 tahun semenjak perkenalan pertama di alam universiti.

Sedar tak sedar sudah 3 tahun kami hidup bersama. Rasanya tak banyak dugaan yang tiba dalam kehidupan kami berdua selama ini. Kalau setakat berselisih faham itu merupakan asam garam rumahtangga. Bak bait-bait lirik lagu P-Ramlee dalam cerita melayu klasik Tiga Abdul " Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" Lantaran itu, aku merasakan pengalaman itu dapat mendewasakan 2 insan yang bernama suami dan juga isteri.
Genap setahun 2 hari usia perkahwinan, kami dikurniakan seorang puteri yang sungguh comel. Kehadiran Wan Nur Qashrina Soffeya telah melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Buat papa dan mama...baby adalah penyeri dan buah hati. Tengoklah gambar baby sejurus keluar dari perut mama yang dikasihi, sudah pandai mengukir senyuman yang memikat hati.

Semoga keluarga kita akan diberkati dan dirahmati oleh Ilahi. Hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Bak ayat terakhir kisah-kisah Fairy Tales " ....and they lived happily ever after."

Buat Ling: B sayang ling sampai bila-bila...muahs hehe
Buat Baby Soffeya: Papa sayang baby sangat2 k...muahs gak hehe
Related Posts with Thumbnails