Sunday, July 12, 2009

Ekspo Keusahawanan Beluran

Belon Perasmian

Salam. Lebih sebulan aku xupdate blog aku ni. Yelah...skrg ni di facebook je apa2 hal pun hehe. So, hr ni sempena dengan satu program yang diadakan di daerah Beluran. Inginler aku postkan entri khas ini.

Backdrop Di Atas Pentas

Minggu lepas Pejabat Daerah Beluran telah mengedarkan surat jemputan kepada sek aku. So, pengetua telah mewakilkan aku ke majlis tersebut bersama 12org lagi guru-guru yang telah dipilih. Antaranya guru-guru yg hadir Faizal, Ramesh, Haziman, Murni, Siti Raudah, Wan Amalina, Azlina, Nor Alina dan Norazian. Majlis ni diadakan di Dewan Serbaguna Beluran. Jam 7.45 pg aku smpai di dewan...selepas tu terus masuk ke dalam dewan join kwn2 yg lain. Mula-mula ada ceramah dari pihak MARA Sandakan yang menerangkan tentang skim pinjaman yang boleh dipohon bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Helikopter yang dinaiki oleh Ketua Menteri

Selepas ceramah tersebut tamat, lebih kurang jam 10pg...YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah tiba di padang majlis daerah dengan helikopter. Maka, bermulalah acara perasmian dengan ucapan-ucapan dari barisan VVIP yang hadir.

Barisan kepimpinan kabinet Negeri Sabah

Secara umumnya, barisan pemimpin-pemimpin Negeri Sabah telah mencanangkan banyak projek-projek dan peruntukan untuk pembangunan di Beluran khususnya. Alhamdulillah...sekurang-kurangnya Beluran akan lebih maju pada masa depan. Yang paling aku suka bila dengar peruntukan untuk naik taraf Jalan Beluran-Kolapis (jalan masuk sekolah aku yang berbatu dan agak teruk sekarang) bernilai RM3 juta kalo xsilapla td. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah air dan elektrik yang agak terkebelakang di daerah ini.

Lawatan ke tapak pameran

Selepas majlis perasmian, Ketua Menteri bersama rombongan melawat ketapak-tapak pameran di perkarangan dewan. Terdapat 16 agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dengan pameran di 'booth-booth' yang disediakan. Kebanyakannya memberi pendedahan tentang pinjaman keusahawanan dan juga produk-produk IKS yang kian mendapat tempat di hati masyarakat.

Diberikan taklimat oleh pengusaha produk IKS

Sewaktu ucapan YB Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen P183 Beluran aku tertarik dengan dengan kata-katanya yang mahu melihat warga Beluran melihat produk yang ada skrg lebih drpd itu. Cthnya ikan bukan sekadar kerja menangkap ikan tetapi mlihat kpd industri bebola ikan dsbg, pisang bukan sekadar menjual goreng pisang tetapi industri kerepek pisang sehingga ke peringkat antarabangsa.


Antara produk IKS yang dipamerkan

Kesimpulannya, ekspo ini banyak memberi pendedahan kepada penduduk Beluran dalam bidang perniagaan. Semoga penduduk Beluran dapat menerokai peluang perniagaan sebagai sumber pendapatan mereka pada suatu hari nanti. Tahniah kepada Pejabat Parlimen P183 Beluran dan Pejabat Daerah Beluran atas penganjuran ekspo ini. Sekalung penghargaan kepada Ketua Menteri atas kesudian beliau berkunjung ke daerah Beluran. Semoga apa yang diwar-warkan oleh PM kita 1Malaysia...Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" akan menjadi kenyataan.
Related Posts with Thumbnails