Monday, August 8, 2011

It's Official..Wan Muhammad Qaid Darwish!

Salam buat semua. Hampir setahun blog aku ni tak diupdate huhu. Dengan bebanan kerja + kemalasan jadilah camtu hehe. Jadi sempena dengan kelahiran cahaya mata kedua aku pada 2 Ogos yang lepas, sifat rajin datang tiba-tiba..ahaks!

Alkisahnya- siang 1hb, PI (Puan Isteri) menelefon bagitau sakit perut, tapi tak tau la sakit nak bersalin atau bukan. Tup-tup, jam 1.30 pagi bagitau dah masuk labour room. Apalagi ES (Encik Suami) gelabah + risau...dan-dan online untuk menempah tiket AirAsia. Tau Kak Long telefon bagitau PI dah selamat bersalin jam 3.15pg tapi masih belum keluar lagi. Alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t.

ES tiba di Seremban lebih kurang jam 3.30 ptg. Sama dengan PI sampai dari Hospital. Dapatla menatap wajah baby boy yang comel tu hehe. TQ atas komen-komen status di facebook mahupun di handset.

Setelah seminggu membelek buku-buku nama-nama Islam dan melayari Internet, idea PI diterima dengan sebulat suara setelah undian majoriti memihak kepada PI hehe. Jadi, selepas menghantar Ma balik KB (mak aku datang Seremban tengok cucu baru) di Terminal One, aku terus ke JPN di Tingkat 1, Wisma Persekutuan untuk mendaftar kelahiran. Jadi, secara rasminya....putera kami dinamakan WAN MUHAMMAD QAID DARWISH - Ketua / Pemimpin Yang Warak.


Dan dengan kelahiran Qaid yang 'dobot' ini telah menambahkan lagi seri (mersing) hehe keluarga kami. Ke'dobot'annya membuatkan Papa ingin bertindak di luar kawalan seperti menggigitnya haha (joking folks).

Cuti seminggu yang kerajaan kasi sempena PI bersalin pun rasa tak cukup. Esok pagi, aku dah terpaksa kembali ke Sabah untuk menyambung kembali tugas mendidik anak bangsa. Itupun dapat CRK 1 hari esok (TQ PKI hehe)..



Oklah, rasanya dah panjang lebar aku berceloteh. PI pun dah panggil suruh hantar lauk rumah Uwe (Onyeng Qaid). Till next post...bye then!

Monday, October 11, 2010

PTK Datang Lagi...


Salam buat semua. Budak-budak PMR abis exam hari ni. Merdeka la suda diaorang hehe. Aku la plak kene duduk exam pasni huhu. Biasalah.....dalam perkhidmatan awam ni. Ada peperiksaan kecekapan a.k.a PTK. So, PTK kali ni yang ke-2 aku ambil. Yang TK1 tahun 2008 dulu...dah lepas. TK2 la plak menyusul ni. Nak kata tak risau...risau jugak! Kalau tak membaca, confirm la tak bleh jawab soalan-soalan berfakta abis tu hehe. Jadi, untuk menyenangkan hati, bacalah sikit dengan buat latihan 2,3 set...betul tak hehe?

Macam biasa, PTK di daerah Beluran ni dibuat di SMK Beluran Bestari. Tarikhnya 16 Oktober 2010, hari Sabtu ni dari jam 9.00 - 12.00 tgh. Slip dah dapat dari Cikgu Md Nor last week. Ramai jugak dari sekolah aku yang ambil kali ni. So, beramai-ramailah kita duduk PTK ya hehe. Arap-arap ada rezeki lulus 4-4 lagi la kali ni hehe. Amin! Sapa yang tercari-cari maklumat sukatan atau soalan-soalan yang boleh dijawab. Bolehlah klik di link di bawah ni k.
Selamat study!

Sukatan PTK:

Soalan PTK:

p/s: Insyaallah...semoga lulus IV-IV!




Related Posts with Thumbnails