Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru


Salam. Sedar tak sedar dh 5 tahun aku bergelar sbg seorang guru dan tahun ni jugaklah kali ke-5 aku menyambutnya. Mungkin kerjaya ini nampak mudah di mata masyarakat namun tugas dan tanggungjawab yang dipikul lebih berat untuk digalas. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa persepsi mereka tapi aku suka kerja ini, aku sayang tugas ini, aku cinta tanggungjawab ini. "Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema yang dipilih sempena Hari Guru pada tahun ini. begitu mendalam maksudnya...tpulang pada setiap individu untuk mentafsirkannya. Seiring dengan kemajuan dan perubahan arus zaman, tugas guru juga semakin mencabar. Hasrat dan harapan kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berguna dan masyarakat teknokrat harus digembleng bersama. Justeru, ayuhlah semua guru-guru kita buka langkah seiring, kita maju bersama, kita gerak ke hadapan...tanpa menoleh ke belakang lagi.

Buat anak-anak murid cikgu di SMKBII, terima kasih atas ucapan Selamat Hari Guru.
Buat rakan-rakan seperjuangan di SMKBII, "Ad Astra Per Aspera"
Buat isteriku yang tercinta "Selamat Menjadi Guru"
dan akhir sekali..
Buat semua bekas-bekas guruku di Tadika Kemas Batu 2, Tempat Mengaji Al-Quran Bunut Payong (Pak Kob), arwah Pak Weil, SRK Sultan Ismail 3, Maktab Sultan Ismail, Kolej Matrikulasi UKM Bangi, FTSM UKM, Maktab Perguruan Perlis dan semua yang pernah mengajarku tidak kira secara formal ataupun tidak formal dalam mengajarku erti sebuah kehidupan....

"Cikgu...terima kasih atas apa yg cikgu ajarkan selama ini"
"Cikgu...halalkan ilmu yang telah cikgu ajarkan kpd saya"
"Cikgu...maafkan segala kesalahan saya selama ini"
"Cikgu...doakan kejayaan dan kesejahteraan saya di dunia mahupun di akhirat"

TERIMA KASIH...CIKGU!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails