Thursday, February 26, 2009

Olahraga MSSD Beluran 2009


Raja Pecut: Syed Hamdan Emas 100M & 200M L15 Gangsa 4x100M

Salam utk semua. Entry hari ni adalah merupakan entry tertunda hehe. Pasal Olahraga MSSD Beluran 2009 yang telah berlangsung pada 10 - 12 Feb yg lalu. Selaku pengelola kejohanan kali ke-23 tahun ini, sudah pastinya temasya kali ini telah banyak membawa kenangan manis kepada semua yang terlibat terutamanya atlit sekolah. Dengan kekuatan 54 org atlit yang telah dipilih dan menjalani latihan intensif selama sebulan bagi memastikan pretasi terbaik dapat ditunjukkan pada tahun ini.


Memulakan hari ke-2 dgn memakai baju Celcom (bak kata atlit) sambil pose breakaway hehe.

Nyata pada tahun ini, atlit sekolah telah menunjukkan kehebatan masing-masing. Walaupun umum sudah tahu di MSSD Beluran, SMK Pamol dan SMK Beluran Bestari tiada tandingannya. Namun, berkat kesungguhan dan juga semangat juang yang tinggi. Kita berjaya mencuri perhatian dengan mencuri beberapa pingat yang boleh dikatakan dimonopoli oleh 2 sekolah tersebut.

Acara 4x200M L12...Kesian adik-adik P12 sbb tpaksa ulang sbb ada bantahan foul start.


Adik Syed Hamdan (3 Zeta) tiba-tiba muncul dlm diam mencuri gelaran raja pecut L15 tahun dengan kemenangan bergaya dlm acara 100M dan 200M. Paling manis, apabila berjaya menewaskan peserta favourite adik Machyudin (SMK Pamol). Ramai yang terpegun dgn gaya larian adik Syed Hamdan yg berjaya berlari dgn step drill ke-4. Nasib baiklah Hamdan ni pemalu tuannya, maka tidaklah dia riuh bila memenanginya. Cuma diangkat no di bajunya shj ketika itu. Disamping itu, hasil lariannya juga berjaya merangkul pingat gangsa 4x100M setelah pelari ke3 tertinggal di belakang 5 pasukan yg lain. Tahniah Hamdan.


Beluran II BOLEH!! Bergambar kenangan setelah dinobatkan tempat ke-3 keseluruhan

Selain kemenangan Hamdan, atlit yang berjaya meraih pingat ialah sperti berikut:
Perak:
1. Mailin Jimon (L.Tinggi P15)
2. Izah Nazirah Mohamad (L.Cakera P18)

Gangsa:
1. Mohd Khuzairy Syah Nizam Dalmansa (L.Jauh & Kijang L18)
2. Aneska Tampin (L. Jauh P15)
3. Khamisah Alwi (L.Tinggi P18)
4. Richie Alexly Norbert (L.Peluru & Cakera L15)
5. Hamdan, Rizuan,Afham,Firdaus (4x100M L15)

Pasukan pertandingan perbarisan sekolah: Naib Johan
(Tahniah..walaupun jatuh skit stelah 3thn bturut2 jd Johan sblum ni)


Begitulah serba ringkas pencapaian atlit sekolah dlm MSSD tahun ini. Walaupun dengan pencapaian 2 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa namun semangat juang yang telah ditunjukkan membuktikan kita juga boleh bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Mungkin dengan latihan secara berterusan dan betul dapat memberikan kita keputusan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang. Insyaallah.

Setelah tamat kejohanan, SMK Pamol seperti biasa telah menjuarai kategori Sekolah Menengah dgn 33 Emas, 22 Perak dan 10 Gangsa. SMK Beluran Bestari pula muncul naib johan dengan 13 Emas, 18 perak dan 19 Gangsa. Kategori Sekolah Rendah pula diungguli oleh Zon Ladang dengan 8 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa, kedua Zon Labuk dengan 3 Emas dan 1 Gangsa dan ketiga Zon Pamol dgn 1 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa.

Empat orang telah terpilih untuk mewakili Daerah beluran ke MSS Zon Sandakan di SMK telupid dr 25-27 Feb iaitu:
1. Syed Hamdan
2. Mailin Jimon
3. Rizuan Mohamad
4. Izah Nazirah-tarik diri.
Semoga berjaya di sana nanti dan harumkan nama sekolah di bidang sukan. Doa kami dari seluruh warga SMK Beluran II untuk kalian Wira dan Serikandi Sukan...SMKBII BOLEH!!!!

Monday, February 23, 2009

Kursus Pengintegrasian ICT Dalam P&P

Hotel Tyng Garden, Sandakan (tempat aku menginap)

Salam, dh lama aku xupdate blog ni. Biasalah alasan sama iaitu BZ hehe..Mmg byk kerja yg perlu diselesaikan 2 minggu lps. Post ttg MSSD pun aku tak sempat wat lg. Gambar2 dh ada cuma nak kecikkan saiz gambar je lg. Yelah at least ada gak kenangan.

Tempat kursus dijalankan SMK Taman Fajar

Em ok, berbalik kpd tajuk post aku hr ni. Pada hr Jumaat 20/2 yg lepas, aku telah menghadiri Kursus Pengintegrasian ICT dalam P&P yg dianjurkan oleh Institut Perguruan Tawau. Kursus ni telah diadakan di Makmal Komputer SMK Taman Fajar Sandakan. Mula-mula tu aku dh pegi ke SMK Sandakan sbb surat maklumkan di situ ttp telah dipindahkan ke SMK Taman Fajar. Sib baiklah dpt contact Jaily Penyelia PKG Beluran. Aku dh 'hot' dh. Dgn jalan jammed sbb banjir.
En Hanafiah & En Mad Noor (pensyarah IPG Tawau)

Sampai2 dah jam 8.45pg. So, overall kursus ni ttg penyediaan CMS (course management system) mggunakan open source platform moodle. Acct aku dh penah pakai moodle ni waktu di IPG Perlis dulu tp xdelah smpai jd developer. Oklah tambah2 input. Sbb kalo dh jadikan server sek sbg host ok gakla. Cuma masalahnya dr sudut capaian. Mcm manala nak maksimakan penggunaan sbb komputer yg ada tak smpai 10. That's my opinion la..Aku menginap kat Hotel Tyng Garden Sandakan. RM99/nite. Oklah sbb dekat dgn sekolah tu. Kursus tu abis hr Sabtu jam 3pm. Terus aku chow balik Beluran. Smpai umah dlm jam 5ptg. Sempat singgah Servay beli brg skit. Oklah tu serba sdikit psl kursus yg aku hadiri. Nnt sok aku update post psl olahraga k. Bye

Sunday, February 8, 2009

Aduii penatnya...!!!

Inilah hasilnya bahagian hiasan padang.
Ha..jgn kasi bersimpul tali tu..hehe
Akhirnya 2 kanopi berjaya dinaikkan...

Sesi perbincangan menaikkkan kanopi hehe
Okey..dah dapat idea dah!
Salam...hari ni merupakan 2 hari terakhir melakukan persiapan utk MSSD Beluran. So, pg td aku ke sek jam 8. Adalah dlm 12 org budak dtg menolong aku, Nizam dan Faizal. Mula2 kitaorg naikkan kanopi. Satu PPD punya, 1 lagi SMK Beluran Bestari punya. Yg PPD takde masalah, tp yg SMK punya tpaksa cari nut sbb xde. Apalagi terus aku turun ke pekan cari nut. Habis dlm RM16 gakla beli. Pastu aku beli sarapan utk budak2 ni. Kesian depa..penat wat keje. Xpe hari ni Sir Wan belanja hehe.
Pastu dlm jam 10 dtg Murni dgn Odah bhg hiasan padang. depa pasang bendera kecil dgn bendera warna-warni kat tgh pdg. Berpanas la depa dgn si Balkis sekali hehe. Dlm kul 12 tgh dh setel semer skali. Hamzah dr SMK Beluran Bestari pun ada dtg tanya psl jadual & tgk khemah depa. Adala kena betulkan sikit. Keseluruhannya tinggal sikit2 je lagi utk diselesaikan esok.
Ptg, aku dgn Faizal cek brg kat stor sukan. Nnt aku akan pass kat J/K Peralatan(SMKBB) utk dipinjam mana2 alatan yg tiada atau xcukup. Pastu gi ukur jarak papan utk lompat jauh & kijang. dekat2 jam 6 gakla aku balik umah. Huh..penat btul nak anjurkan sukan ni.
Aku harap sok, akan selesailah semer keje2 yg masih belum beres. Apapun..terima kasih kat Faizal dan Nizam yg dtg membantu dan anak-anak murid cikgu yg ikhlas membantu (ikhlas ke hehe)

Wednesday, February 4, 2009

4 hari sahaja lagi...

Wat pe tu pakar bedah hehe
Salam buat semua. Minggu yg agak sibuk rasanya. Setiap hari masa berjalan begitu pantas. Ada saja kerja yg perlu disetelkan. Walaupun hari ni dh masuk hari ke-3 mama balik IPG Tawau, kurang sikit rasa sunyi. Sblm tu aduhai...nak abiskan satu hari cam lama giler. Bukan apa..bosan. Cuti tahun baru hr tu dptlah hilangkan kesunyian bila mama balik sini seminggu lebih.
Ptg td..setelkan trek. Tak kira hujan lebat ke apa ke...aku bantai je dgn 3,4 org lg guru lelaki. Yelah, kejohanan tinggal lebih kurang 4 hari lg. Tpaksalah berhempas pulas nak setelkan padang dan lain2 lg. Pg td pun ada meeting psl sukan daerah ni di ppd. Mulan, baru aku tau penat jd PK KOKUM nih hehe..
Sok plak, mula kej badminton mssd beluran sampai lusa. Sek aku antar 19 org wakil. Cgu isa dan Cgu Suresh yg jd guru pengiring. Maybe thn ni dpt tingkatkan prestasi thn lepas. Insyallah. All the best k:)
(sorry..cgu wan xdpt nak dtg bg sokongan..bz dgn olahraga..tgkla kalau ada ms bleh curik skit jumaat ptg ke tgk final hehe)
Begitulah spjg minggu ni. Cuaca plak hari2 hujan. Padang dh jadi cam kolam renang. Tak taula camne next week. Apa2 pun semoga semua perancangan akan terlaksana dengan sempurna. Amin.
Related Posts with Thumbnails