Thursday, February 26, 2009

Olahraga MSSD Beluran 2009


Raja Pecut: Syed Hamdan Emas 100M & 200M L15 Gangsa 4x100M

Salam utk semua. Entry hari ni adalah merupakan entry tertunda hehe. Pasal Olahraga MSSD Beluran 2009 yang telah berlangsung pada 10 - 12 Feb yg lalu. Selaku pengelola kejohanan kali ke-23 tahun ini, sudah pastinya temasya kali ini telah banyak membawa kenangan manis kepada semua yang terlibat terutamanya atlit sekolah. Dengan kekuatan 54 org atlit yang telah dipilih dan menjalani latihan intensif selama sebulan bagi memastikan pretasi terbaik dapat ditunjukkan pada tahun ini.


Memulakan hari ke-2 dgn memakai baju Celcom (bak kata atlit) sambil pose breakaway hehe.

Nyata pada tahun ini, atlit sekolah telah menunjukkan kehebatan masing-masing. Walaupun umum sudah tahu di MSSD Beluran, SMK Pamol dan SMK Beluran Bestari tiada tandingannya. Namun, berkat kesungguhan dan juga semangat juang yang tinggi. Kita berjaya mencuri perhatian dengan mencuri beberapa pingat yang boleh dikatakan dimonopoli oleh 2 sekolah tersebut.

Acara 4x200M L12...Kesian adik-adik P12 sbb tpaksa ulang sbb ada bantahan foul start.


Adik Syed Hamdan (3 Zeta) tiba-tiba muncul dlm diam mencuri gelaran raja pecut L15 tahun dengan kemenangan bergaya dlm acara 100M dan 200M. Paling manis, apabila berjaya menewaskan peserta favourite adik Machyudin (SMK Pamol). Ramai yang terpegun dgn gaya larian adik Syed Hamdan yg berjaya berlari dgn step drill ke-4. Nasib baiklah Hamdan ni pemalu tuannya, maka tidaklah dia riuh bila memenanginya. Cuma diangkat no di bajunya shj ketika itu. Disamping itu, hasil lariannya juga berjaya merangkul pingat gangsa 4x100M setelah pelari ke3 tertinggal di belakang 5 pasukan yg lain. Tahniah Hamdan.


Beluran II BOLEH!! Bergambar kenangan setelah dinobatkan tempat ke-3 keseluruhan

Selain kemenangan Hamdan, atlit yang berjaya meraih pingat ialah sperti berikut:
Perak:
1. Mailin Jimon (L.Tinggi P15)
2. Izah Nazirah Mohamad (L.Cakera P18)

Gangsa:
1. Mohd Khuzairy Syah Nizam Dalmansa (L.Jauh & Kijang L18)
2. Aneska Tampin (L. Jauh P15)
3. Khamisah Alwi (L.Tinggi P18)
4. Richie Alexly Norbert (L.Peluru & Cakera L15)
5. Hamdan, Rizuan,Afham,Firdaus (4x100M L15)

Pasukan pertandingan perbarisan sekolah: Naib Johan
(Tahniah..walaupun jatuh skit stelah 3thn bturut2 jd Johan sblum ni)


Begitulah serba ringkas pencapaian atlit sekolah dlm MSSD tahun ini. Walaupun dengan pencapaian 2 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa namun semangat juang yang telah ditunjukkan membuktikan kita juga boleh bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Mungkin dengan latihan secara berterusan dan betul dapat memberikan kita keputusan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang. Insyaallah.

Setelah tamat kejohanan, SMK Pamol seperti biasa telah menjuarai kategori Sekolah Menengah dgn 33 Emas, 22 Perak dan 10 Gangsa. SMK Beluran Bestari pula muncul naib johan dengan 13 Emas, 18 perak dan 19 Gangsa. Kategori Sekolah Rendah pula diungguli oleh Zon Ladang dengan 8 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa, kedua Zon Labuk dengan 3 Emas dan 1 Gangsa dan ketiga Zon Pamol dgn 1 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa.

Empat orang telah terpilih untuk mewakili Daerah beluran ke MSS Zon Sandakan di SMK telupid dr 25-27 Feb iaitu:
1. Syed Hamdan
2. Mailin Jimon
3. Rizuan Mohamad
4. Izah Nazirah-tarik diri.
Semoga berjaya di sana nanti dan harumkan nama sekolah di bidang sukan. Doa kami dari seluruh warga SMK Beluran II untuk kalian Wira dan Serikandi Sukan...SMKBII BOLEH!!!!

2 comments:

  1. laman web sekolah yang rasmi bila mo di buat cikgu?€..>izzuddin<

    ReplyDelete
  2. dh ada...www.smkbn2.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails