Wednesday, August 19, 2009

Hari Ini 3 Tahun Yang Lalu..

Salam utk semua pembaca blog. Tiga tahun yang lalu pada tarikh hari ini, aku dan isteri tercinta selamat diijabkabulkan di Surau Al-Falah Sikamat. Dengan sekali akad, maka sahlah aku bergelar suami kepada seorang isteri seorang insan yang aku sayangi bernama Zuraini. Maka, bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri di alam rumahtangga. Hubungan yang dibina atas tali percintaan yang kami berdua susuri selama 8 tahun semenjak perkenalan pertama di alam universiti.

Sedar tak sedar sudah 3 tahun kami hidup bersama. Rasanya tak banyak dugaan yang tiba dalam kehidupan kami berdua selama ini. Kalau setakat berselisih faham itu merupakan asam garam rumahtangga. Bak bait-bait lirik lagu P-Ramlee dalam cerita melayu klasik Tiga Abdul " Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" Lantaran itu, aku merasakan pengalaman itu dapat mendewasakan 2 insan yang bernama suami dan juga isteri.
Genap setahun 2 hari usia perkahwinan, kami dikurniakan seorang puteri yang sungguh comel. Kehadiran Wan Nur Qashrina Soffeya telah melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Buat papa dan mama...baby adalah penyeri dan buah hati. Tengoklah gambar baby sejurus keluar dari perut mama yang dikasihi, sudah pandai mengukir senyuman yang memikat hati.

Semoga keluarga kita akan diberkati dan dirahmati oleh Ilahi. Hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Bak ayat terakhir kisah-kisah Fairy Tales " ....and they lived happily ever after."

Buat Ling: B sayang ling sampai bila-bila...muahs hehe
Buat Baby Soffeya: Papa sayang baby sangat2 k...muahs gak hehe

Sunday, July 12, 2009

Ekspo Keusahawanan Beluran

Belon Perasmian

Salam. Lebih sebulan aku xupdate blog aku ni. Yelah...skrg ni di facebook je apa2 hal pun hehe. So, hr ni sempena dengan satu program yang diadakan di daerah Beluran. Inginler aku postkan entri khas ini.

Backdrop Di Atas Pentas

Minggu lepas Pejabat Daerah Beluran telah mengedarkan surat jemputan kepada sek aku. So, pengetua telah mewakilkan aku ke majlis tersebut bersama 12org lagi guru-guru yang telah dipilih. Antaranya guru-guru yg hadir Faizal, Ramesh, Haziman, Murni, Siti Raudah, Wan Amalina, Azlina, Nor Alina dan Norazian. Majlis ni diadakan di Dewan Serbaguna Beluran. Jam 7.45 pg aku smpai di dewan...selepas tu terus masuk ke dalam dewan join kwn2 yg lain. Mula-mula ada ceramah dari pihak MARA Sandakan yang menerangkan tentang skim pinjaman yang boleh dipohon bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Helikopter yang dinaiki oleh Ketua Menteri

Selepas ceramah tersebut tamat, lebih kurang jam 10pg...YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah tiba di padang majlis daerah dengan helikopter. Maka, bermulalah acara perasmian dengan ucapan-ucapan dari barisan VVIP yang hadir.

Barisan kepimpinan kabinet Negeri Sabah

Secara umumnya, barisan pemimpin-pemimpin Negeri Sabah telah mencanangkan banyak projek-projek dan peruntukan untuk pembangunan di Beluran khususnya. Alhamdulillah...sekurang-kurangnya Beluran akan lebih maju pada masa depan. Yang paling aku suka bila dengar peruntukan untuk naik taraf Jalan Beluran-Kolapis (jalan masuk sekolah aku yang berbatu dan agak teruk sekarang) bernilai RM3 juta kalo xsilapla td. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah air dan elektrik yang agak terkebelakang di daerah ini.

Lawatan ke tapak pameran

Selepas majlis perasmian, Ketua Menteri bersama rombongan melawat ketapak-tapak pameran di perkarangan dewan. Terdapat 16 agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dengan pameran di 'booth-booth' yang disediakan. Kebanyakannya memberi pendedahan tentang pinjaman keusahawanan dan juga produk-produk IKS yang kian mendapat tempat di hati masyarakat.

Diberikan taklimat oleh pengusaha produk IKS

Sewaktu ucapan YB Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen P183 Beluran aku tertarik dengan dengan kata-katanya yang mahu melihat warga Beluran melihat produk yang ada skrg lebih drpd itu. Cthnya ikan bukan sekadar kerja menangkap ikan tetapi mlihat kpd industri bebola ikan dsbg, pisang bukan sekadar menjual goreng pisang tetapi industri kerepek pisang sehingga ke peringkat antarabangsa.


Antara produk IKS yang dipamerkan

Kesimpulannya, ekspo ini banyak memberi pendedahan kepada penduduk Beluran dalam bidang perniagaan. Semoga penduduk Beluran dapat menerokai peluang perniagaan sebagai sumber pendapatan mereka pada suatu hari nanti. Tahniah kepada Pejabat Parlimen P183 Beluran dan Pejabat Daerah Beluran atas penganjuran ekspo ini. Sekalung penghargaan kepada Ketua Menteri atas kesudian beliau berkunjung ke daerah Beluran. Semoga apa yang diwar-warkan oleh PM kita 1Malaysia...Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" akan menjadi kenyataan.

Monday, June 22, 2009

Kedatangan Rejab - 24 Jun 2009 Rabu...



Sama samalah kita ingat mengingati amalan mulia di bulan yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Credit to Azwita Sabtu krn fwdkan emel ni kat ftsm97@yahoogroups.com

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru


Salam. Sedar tak sedar dh 5 tahun aku bergelar sbg seorang guru dan tahun ni jugaklah kali ke-5 aku menyambutnya. Mungkin kerjaya ini nampak mudah di mata masyarakat namun tugas dan tanggungjawab yang dipikul lebih berat untuk digalas. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa persepsi mereka tapi aku suka kerja ini, aku sayang tugas ini, aku cinta tanggungjawab ini. "Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema yang dipilih sempena Hari Guru pada tahun ini. begitu mendalam maksudnya...tpulang pada setiap individu untuk mentafsirkannya. Seiring dengan kemajuan dan perubahan arus zaman, tugas guru juga semakin mencabar. Hasrat dan harapan kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berguna dan masyarakat teknokrat harus digembleng bersama. Justeru, ayuhlah semua guru-guru kita buka langkah seiring, kita maju bersama, kita gerak ke hadapan...tanpa menoleh ke belakang lagi.

Buat anak-anak murid cikgu di SMKBII, terima kasih atas ucapan Selamat Hari Guru.
Buat rakan-rakan seperjuangan di SMKBII, "Ad Astra Per Aspera"
Buat isteriku yang tercinta "Selamat Menjadi Guru"
dan akhir sekali..
Buat semua bekas-bekas guruku di Tadika Kemas Batu 2, Tempat Mengaji Al-Quran Bunut Payong (Pak Kob), arwah Pak Weil, SRK Sultan Ismail 3, Maktab Sultan Ismail, Kolej Matrikulasi UKM Bangi, FTSM UKM, Maktab Perguruan Perlis dan semua yang pernah mengajarku tidak kira secara formal ataupun tidak formal dalam mengajarku erti sebuah kehidupan....

"Cikgu...terima kasih atas apa yg cikgu ajarkan selama ini"
"Cikgu...halalkan ilmu yang telah cikgu ajarkan kpd saya"
"Cikgu...maafkan segala kesalahan saya selama ini"
"Cikgu...doakan kejayaan dan kesejahteraan saya di dunia mahupun di akhirat"

TERIMA KASIH...CIKGU!

Friday, May 1, 2009

My 31st Birthday



Kek dr Tawau..hadiah dr wife tercinta
Salam..lama btul xupdate blog aku ni. Malas ke atau byk keje hehe. Hari ni mcm xsah plak kalo xupdate...knapa? sbb hr ni kan birthday aku yg ke-31 hehe...my wife all the way balik from tawau utk sama2 celebr8 birthday aku kat umah di beluran..thx ling:)

Tengah potong kek...
So, pg td..kami berdua celebr8 sama-sama. Bertemankan kamera handphone wife aku (kamera aku ada kat sekolah)..dptlah snap 2,3 keping picture utk update di Facebook dan cni. Sederhana je tp cukup bermakna hehe.
Close up skit hehe
Erm..dh masuk 31 dh umur aku. Rsnya byk lg yg perlu dipelajari dan diperbaiki untuk jadi insan yang lebih baik drpd sbelum ini. Akan aku usahakan agar azam, wawasan dan harapan akan dpt aku capai satu hari nanti.
Thx bagi adiah dan kek ye Ling..muahss utk Ling hehe
Dan paling penting...keluarga aku yang tersayang utk dijaga dan disayangi. B sayang Ling selalu. Baby soffeya..papa sayang kat baby. Lepas mama abis belajar nanti...kita bertiga bersatu kembali k..bina hidup bahagia hingga ke akhir hayat...Insyaallah..kiranya diizinkan olehNya..Amin.


Tuesday, March 31, 2009

Apa akan berlaku sedikit waktu lagi....

Salam buat semua. Hari ni dh masuk hr ke-2 minggu ke-12. Banyak benda dh berlaku shingga saat ini. Tujuan aku menulis entry pd hari ini ialah utk bcerita sedikit ttg keadaan di sek aku. Last day sukan sek hr tu, cgu dell (PK1) dan cgu laires(SU SPM/Pusat Sumber) dpt surat pindah ke PPD Beluran. Terasa gakla kegusaran dlm hati skiranya 2 org yg amat bpgalaman luas dan rajin ini keluar dr sek. Tp, mula2 rs cam depa bleh tolak. Tahu2 xbleh nak wat pape lg. Mmg kene pegi sana. Mula la rs mcm2 bende nak kena fikir. Bukan pe..cgu dell ni semer org kenal dia sbg seorg yg sgt komited dgn tugas. Dan semer hal dia tau dr yg sekecil2nya smpai kebesar. Dr suis ke chord paip...kewangan...pgurusan bla..bla..Itu yg kami (aku dan PK Hem) risau sgt bila dh tau cmtu. Pgetua kami pun tukar gak ke PPD Telupid. Xtau sapa nak dirujuk pasni...hal kurikulum dgn pgurusan sekolah ni skop dia luas sgt...kalo xtau nazir dtg cmne nak mjwb huhuh..tu yg paling risau. Apa2 pun...bak kata kak les, kejayaan itu satu proses. Kene la ms yg ada ni walau singkat nak blaja dgn cgu dell..arap2 bleh cover seme benda yg penting. Insyaallah...aku dan ayu akan try to put our best foot forward...dn siapa tau ada keajaiban berlaku cgu dell tidak jadi ditempatkan di ppd ke...wallahuallam!

Minggu ni...hal ehwal kokurikulum agak sibuk skit. Hari ni 4 org wakil daerah ke Pertandingan Hoki MSSS Sandakan di SMK Agama Skan. Sampai 2hb. Pastu pg ni jam 9.00 aku ada meeting pgelolaan bola sepak msss sandakan. daerah kami jadi tuan rumah. xtau lg kene jd tuan rumah ke tak pdg sek aku. then kmarin gak antar nama utk kem kepimpinan pelajar di pusat ko di kiulu tuaran 17-19apr. pastu kene prepare pkhemahan unit beruniform sekolah 17-19 apr gak.

Ujian bulan bulanan 6 -8 apr. Program sek plak yg tdekat hari Anugerah Kecemrlangan pd 9 apr. Pastu kem motivasi pmr spm di tmn jalil alip 24-26 apr. huh tiap minggu tanpa henti xtvt bjlan. arap2 semer bjalan dgn lancar.

Oklah smpai sini dulu. nnt aku post entry di lain kali plak..salam utk semua

Sunday, March 29, 2009

Salam Penuh Kesibukan...

Dh besar anak papa nih..comelnya dia..:)


Ms mula-mula jumpa mama kat airport sndkan (confius je) maklumle 3 bulan xjumpa

Bila dh usik-usik dia...dia dh ingat balik terus ketawa..

Sempat mgurat anak mat salleh kat poring hehe..bdk mat salleh tu siap pegang tgn soffeya hehe

Maksu Nana (adik bungsu my wife), Ma (mak aku), Mak (mak my wife), Soffeya kat Poring

Maksu Nana tgh naik gajah kat Children Zoo

Salam dah lama aku xupdate blog ni..dekat sbulan lebih dh rsnya..ingatkan dh ada broadband rajinla..rupa2nya lg malas dr masa pakai dial-up dulu hehe. Bukan pe, alasan kerja la paling utama kot. Kalau jaga kokurikulum ni, biasala awal2 tahun ni la byk pertandingan berjalan utk kejar takwim mssm.

Last week gak, pertandingan bola sepak mssd beluran telah berlangsung di smk beluran bestari team bwh 18thn dpt no 3 dan bwh 15thn dpt no 2. 2 org bwh 18 dan 7 org utk bwh 15 tpilih utk mewakili daerah di pertandingan peringkat zon timur nnt.

26hb plak Majlis Taddarrus Al-Quran peringkat daerah Beluran telah berlangsung di SK Pekan dan Dewan Pekan Beluran. Tilawah lelaki Johan, Ppuan N.Johan, Hafazan Lelaki N.Johan dan Syarahan Lelaki N.Johan. Nasyid agak mgecewakan pada tahun ni...apa yg telah berlaku aku takmo cite sbb rs kecewa sgt2 huhu.

Sebelum tu, ms cuti seminggu hr tu adalah minggu yang paling mgembirakan aku dan wife. Puteri kesayangan kami dtg ke sabah bersama mak aku, mak mertua aku dan adik ipar aku. Depa smpai 16hb pg..trus gi jln2 kat bdr sndkan.Gi tmn buaya pastu balik rumah. Hari ke2 dok umah je..mati karan dr pagi smpai ptg. Huh! Ptg br gi umah makcik.pastu gi jln2 kat kg kolapis laut.

Hari ke3 btolak ke KK. Singgah di poring..mandi2 kat sana (aku,soffeya dgn maksu nana je).Pastu berenti makan kat Kundasang. Singgah beli cenderamata di Pekan Nabalu. Smpai KK jam 5.30 ptg.Check-in kat hotel kinabalu (RM75/nite). Mlm gi mkn kat psr mlm. pastu gi shopping kat psr mlm sinsuran. Apalagi depa tu mborong mutiara, kristal, brooch dsb. Aku xbeli pape pun layan soffeya je.

Hari ke2 di KK, ke Zoo Lok Kawi. Sarapan kat dlm zoo. Pas animal show, lepak skejap pastu kuar sbb mak aku dgn mak mertua dh xlarat nk bjalan. Then, patah balik ke sinsuran, sbb depa nak beli lagi brg2 hiasan tu huhu.Sblm tu berenti mkn kat maimunah curry house, tp aku xikut sbb susah parking. last2 tapau je. then depa shopping kat situ smpai jam 3.00ptg. pastu bertolak ke Lawas (umah adik ipar aku-yg keje kat pos imigresen Merapok)Sempat singgah Giant beli lauk sbb kat sana br pas banjir. Dlm 2 jam smpai sana.

Jumaat lepak situ je, pastu sabtu aku dgn wife dh btolak balik beluran. Si soffeya mcm dh tau kitaorg nak tinggalkan dia mlm tu dia xtido dgn kami. kalau tak, dr mula smpai asik khamis dgn mama dia je. mmg rapat sgt..lepaskan rindula tu kot. sblm balik singgah kompleks karamunsing beli brg2 skit. then terus balik beluran. smpai beluran dlm jam 6.00 ptgkepenatan tp puas hati sbb dpt jumpa soffeya yg dh makin kopot sbb mkn byk hehe. Tgkla kalo dia mkn nasi dgn sup mmg bselera. roti krim tu abis satu dia mkn.

Oklah itulah citer yg panjang lebar dr aku. nnt aku post lg entry baru.. byk sgt citer nak habaq kat sini la hehe..salam

Thursday, February 26, 2009

Olahraga MSSD Beluran 2009


Raja Pecut: Syed Hamdan Emas 100M & 200M L15 Gangsa 4x100M

Salam utk semua. Entry hari ni adalah merupakan entry tertunda hehe. Pasal Olahraga MSSD Beluran 2009 yang telah berlangsung pada 10 - 12 Feb yg lalu. Selaku pengelola kejohanan kali ke-23 tahun ini, sudah pastinya temasya kali ini telah banyak membawa kenangan manis kepada semua yang terlibat terutamanya atlit sekolah. Dengan kekuatan 54 org atlit yang telah dipilih dan menjalani latihan intensif selama sebulan bagi memastikan pretasi terbaik dapat ditunjukkan pada tahun ini.


Memulakan hari ke-2 dgn memakai baju Celcom (bak kata atlit) sambil pose breakaway hehe.

Nyata pada tahun ini, atlit sekolah telah menunjukkan kehebatan masing-masing. Walaupun umum sudah tahu di MSSD Beluran, SMK Pamol dan SMK Beluran Bestari tiada tandingannya. Namun, berkat kesungguhan dan juga semangat juang yang tinggi. Kita berjaya mencuri perhatian dengan mencuri beberapa pingat yang boleh dikatakan dimonopoli oleh 2 sekolah tersebut.

Acara 4x200M L12...Kesian adik-adik P12 sbb tpaksa ulang sbb ada bantahan foul start.


Adik Syed Hamdan (3 Zeta) tiba-tiba muncul dlm diam mencuri gelaran raja pecut L15 tahun dengan kemenangan bergaya dlm acara 100M dan 200M. Paling manis, apabila berjaya menewaskan peserta favourite adik Machyudin (SMK Pamol). Ramai yang terpegun dgn gaya larian adik Syed Hamdan yg berjaya berlari dgn step drill ke-4. Nasib baiklah Hamdan ni pemalu tuannya, maka tidaklah dia riuh bila memenanginya. Cuma diangkat no di bajunya shj ketika itu. Disamping itu, hasil lariannya juga berjaya merangkul pingat gangsa 4x100M setelah pelari ke3 tertinggal di belakang 5 pasukan yg lain. Tahniah Hamdan.


Beluran II BOLEH!! Bergambar kenangan setelah dinobatkan tempat ke-3 keseluruhan

Selain kemenangan Hamdan, atlit yang berjaya meraih pingat ialah sperti berikut:
Perak:
1. Mailin Jimon (L.Tinggi P15)
2. Izah Nazirah Mohamad (L.Cakera P18)

Gangsa:
1. Mohd Khuzairy Syah Nizam Dalmansa (L.Jauh & Kijang L18)
2. Aneska Tampin (L. Jauh P15)
3. Khamisah Alwi (L.Tinggi P18)
4. Richie Alexly Norbert (L.Peluru & Cakera L15)
5. Hamdan, Rizuan,Afham,Firdaus (4x100M L15)

Pasukan pertandingan perbarisan sekolah: Naib Johan
(Tahniah..walaupun jatuh skit stelah 3thn bturut2 jd Johan sblum ni)


Begitulah serba ringkas pencapaian atlit sekolah dlm MSSD tahun ini. Walaupun dengan pencapaian 2 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa namun semangat juang yang telah ditunjukkan membuktikan kita juga boleh bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Mungkin dengan latihan secara berterusan dan betul dapat memberikan kita keputusan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang. Insyaallah.

Setelah tamat kejohanan, SMK Pamol seperti biasa telah menjuarai kategori Sekolah Menengah dgn 33 Emas, 22 Perak dan 10 Gangsa. SMK Beluran Bestari pula muncul naib johan dengan 13 Emas, 18 perak dan 19 Gangsa. Kategori Sekolah Rendah pula diungguli oleh Zon Ladang dengan 8 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa, kedua Zon Labuk dengan 3 Emas dan 1 Gangsa dan ketiga Zon Pamol dgn 1 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa.

Empat orang telah terpilih untuk mewakili Daerah beluran ke MSS Zon Sandakan di SMK telupid dr 25-27 Feb iaitu:
1. Syed Hamdan
2. Mailin Jimon
3. Rizuan Mohamad
4. Izah Nazirah-tarik diri.
Semoga berjaya di sana nanti dan harumkan nama sekolah di bidang sukan. Doa kami dari seluruh warga SMK Beluran II untuk kalian Wira dan Serikandi Sukan...SMKBII BOLEH!!!!

Monday, February 23, 2009

Kursus Pengintegrasian ICT Dalam P&P

Hotel Tyng Garden, Sandakan (tempat aku menginap)

Salam, dh lama aku xupdate blog ni. Biasalah alasan sama iaitu BZ hehe..Mmg byk kerja yg perlu diselesaikan 2 minggu lps. Post ttg MSSD pun aku tak sempat wat lg. Gambar2 dh ada cuma nak kecikkan saiz gambar je lg. Yelah at least ada gak kenangan.

Tempat kursus dijalankan SMK Taman Fajar

Em ok, berbalik kpd tajuk post aku hr ni. Pada hr Jumaat 20/2 yg lepas, aku telah menghadiri Kursus Pengintegrasian ICT dalam P&P yg dianjurkan oleh Institut Perguruan Tawau. Kursus ni telah diadakan di Makmal Komputer SMK Taman Fajar Sandakan. Mula-mula tu aku dh pegi ke SMK Sandakan sbb surat maklumkan di situ ttp telah dipindahkan ke SMK Taman Fajar. Sib baiklah dpt contact Jaily Penyelia PKG Beluran. Aku dh 'hot' dh. Dgn jalan jammed sbb banjir.
En Hanafiah & En Mad Noor (pensyarah IPG Tawau)

Sampai2 dah jam 8.45pg. So, overall kursus ni ttg penyediaan CMS (course management system) mggunakan open source platform moodle. Acct aku dh penah pakai moodle ni waktu di IPG Perlis dulu tp xdelah smpai jd developer. Oklah tambah2 input. Sbb kalo dh jadikan server sek sbg host ok gakla. Cuma masalahnya dr sudut capaian. Mcm manala nak maksimakan penggunaan sbb komputer yg ada tak smpai 10. That's my opinion la..Aku menginap kat Hotel Tyng Garden Sandakan. RM99/nite. Oklah sbb dekat dgn sekolah tu. Kursus tu abis hr Sabtu jam 3pm. Terus aku chow balik Beluran. Smpai umah dlm jam 5ptg. Sempat singgah Servay beli brg skit. Oklah tu serba sdikit psl kursus yg aku hadiri. Nnt sok aku update post psl olahraga k. Bye

Sunday, February 8, 2009

Aduii penatnya...!!!

Inilah hasilnya bahagian hiasan padang.
Ha..jgn kasi bersimpul tali tu..hehe
Akhirnya 2 kanopi berjaya dinaikkan...

Sesi perbincangan menaikkkan kanopi hehe
Okey..dah dapat idea dah!
Salam...hari ni merupakan 2 hari terakhir melakukan persiapan utk MSSD Beluran. So, pg td aku ke sek jam 8. Adalah dlm 12 org budak dtg menolong aku, Nizam dan Faizal. Mula2 kitaorg naikkan kanopi. Satu PPD punya, 1 lagi SMK Beluran Bestari punya. Yg PPD takde masalah, tp yg SMK punya tpaksa cari nut sbb xde. Apalagi terus aku turun ke pekan cari nut. Habis dlm RM16 gakla beli. Pastu aku beli sarapan utk budak2 ni. Kesian depa..penat wat keje. Xpe hari ni Sir Wan belanja hehe.
Pastu dlm jam 10 dtg Murni dgn Odah bhg hiasan padang. depa pasang bendera kecil dgn bendera warna-warni kat tgh pdg. Berpanas la depa dgn si Balkis sekali hehe. Dlm kul 12 tgh dh setel semer skali. Hamzah dr SMK Beluran Bestari pun ada dtg tanya psl jadual & tgk khemah depa. Adala kena betulkan sikit. Keseluruhannya tinggal sikit2 je lagi utk diselesaikan esok.
Ptg, aku dgn Faizal cek brg kat stor sukan. Nnt aku akan pass kat J/K Peralatan(SMKBB) utk dipinjam mana2 alatan yg tiada atau xcukup. Pastu gi ukur jarak papan utk lompat jauh & kijang. dekat2 jam 6 gakla aku balik umah. Huh..penat btul nak anjurkan sukan ni.
Aku harap sok, akan selesailah semer keje2 yg masih belum beres. Apapun..terima kasih kat Faizal dan Nizam yg dtg membantu dan anak-anak murid cikgu yg ikhlas membantu (ikhlas ke hehe)

Wednesday, February 4, 2009

4 hari sahaja lagi...

Wat pe tu pakar bedah hehe
Salam buat semua. Minggu yg agak sibuk rasanya. Setiap hari masa berjalan begitu pantas. Ada saja kerja yg perlu disetelkan. Walaupun hari ni dh masuk hari ke-3 mama balik IPG Tawau, kurang sikit rasa sunyi. Sblm tu aduhai...nak abiskan satu hari cam lama giler. Bukan apa..bosan. Cuti tahun baru hr tu dptlah hilangkan kesunyian bila mama balik sini seminggu lebih.
Ptg td..setelkan trek. Tak kira hujan lebat ke apa ke...aku bantai je dgn 3,4 org lg guru lelaki. Yelah, kejohanan tinggal lebih kurang 4 hari lg. Tpaksalah berhempas pulas nak setelkan padang dan lain2 lg. Pg td pun ada meeting psl sukan daerah ni di ppd. Mulan, baru aku tau penat jd PK KOKUM nih hehe..
Sok plak, mula kej badminton mssd beluran sampai lusa. Sek aku antar 19 org wakil. Cgu isa dan Cgu Suresh yg jd guru pengiring. Maybe thn ni dpt tingkatkan prestasi thn lepas. Insyallah. All the best k:)
(sorry..cgu wan xdpt nak dtg bg sokongan..bz dgn olahraga..tgkla kalau ada ms bleh curik skit jumaat ptg ke tgk final hehe)
Begitulah spjg minggu ni. Cuaca plak hari2 hujan. Padang dh jadi cam kolam renang. Tak taula camne next week. Apa2 pun semoga semua perancangan akan terlaksana dengan sempurna. Amin.

Saturday, January 24, 2009

Cuti Yang Agak Panjang....

Macam org tua pose daa...:)Teringat kat papa dan mama ke???

Salam utk semua. Hari ni mula cuti yg agak panjang bg sek2 sempena Thn Baru Cina. Tp sek aku xamik cuti berganti tu. So, kitaorg buka sek pd 29 & 30 Jan nnt. My wife balik dr Tawau ptg kelmarin. So, takdelah sunyi sgt seminggu lebih nih sbb ada mama.

Sukan daerah dh tunda ke 10-12 Feb..so, byk gakla j/k yg dipertanggungjwbkan kpd sek kami. So, agak tak cukup tgn gakla aku ke sana-sini, wat itu ini. Sah2 la kan sbb sek kami jd tuan rumah hehe. Insyallah Khamis depan aku akan wat meeting peringkat sek utk agih2 kan j/k supaya bleh on kan persiapan masing2 dlm ms seminggu lebih tu nnt.

Soffeya kat kampung ok. Dia mmg baik dan takde masalah jaga dia bak kata mak mertua aku hehe. Mlm bentang tilam je terus baring tido. Main2 dgn mainan yg mama dia belikan sblum balik hr tu. Soffeya bagus2 ye...nnt papa dgn mama jumpa bulan 3 nnt k..muahss utk baby dr papa dan mama....

Tuesday, January 13, 2009

Salam Tahun 2009

Salam. Sedar tak sedar dh 13 hr masuk thn baru 2009. Sekolah pun dh bukak 2 minggu. Hr ni br la bleh bnafas skit pas buka sek. Bz dgn mcm2 hal.

Tahun 2009 ni tentunya membawa kenangan manis iaitu my wife telah bjaya mendpt tawaran KPLI di IPG Tawau. 12/1 lepas aku gi antar dia mendaftar. Kursus Pengajian Pemulihan Khas. Akhirnya apa yg dicita2kannya dpt jugak. Alhamdulillah. Syukur byk2 kp Allah s.w.t. Tp, yg sedihnya puteri kesayangan aku akan tinggal dgn neneknya di Seremban huhu. Terpaksala berkorban selama sthn. Walaupun br bbrp hr aku dtg sini, tp terasa sgt dia xde. Takbleh tgk gelagat dia. Lega gak bila dgr dia bleh tido dgn nenek dia sejak aku blk sini hr tu. Pastu dh nak minum susu sustagen. My wife ckp kena tipu2, letak dlm botol 100 plus la apala hehe. Baby, papa rindu sgt kat baby.....:( So, kerapla aku call sana bckp dgn dia w/pun dia xreti ckp lg hehe..ada je dia bising kat tepon...

Lan, ko nak tau psl PMR ek..Thn ni % lulus meningkat kpd 52.1%. Aku pun xdpt lg analisis. Ntah sapa yg wat, tini dh xde tu lmbat skit. Best student Vaoeny 7A, Atika 6A 2B, Kasniah 6A 1B, Rusdi Usman 6A 2B...20 org gakla yg dpt 5A-1A. Guess what? Azrin Shah one of the top 20...dia dpt 1A....yg lain2 bcampur2 la lulus. Geo 96.1% 3 org fail. Peratus subjek lain nnt aku update kemudian k.
Oklah aku rs, stakat tu dulu cite aku kali ni. Salam utk semua
Related Posts with Thumbnails