Tuesday, October 5, 2010

Marathon Open House

Salam pembuka entri kali ini. Dengan tibanya hari-hari terakhir bulan Syawal, amalan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri kian memuncak di sana sini. Kami guru-guru di SMK Beluran II pun tidak ketinggalan. Tradisi tahun-tahun lepas diteruskan dengan giliran mengadakannya di rumah masing-masing. Naik saja notis giliran di bilik guru, masing-masing akan mengisi nama dengan hari dan menu sekali. Ye lah, supaya tak makan menu yang sama plak hehe.

Antara tetamu lelaki yang datang...

Aku terfikir-fikir, rasa macam mau buat di rumah tahun ni. Ye lah semenjak aku tinggal sorang, lama dah aku tak jadi tuan rumah hehe. Sapa la nak masak nanti kiki. Kalau ada wife aku takpe, dia la yang jadi master chef, aku assistant je. Jadi, setelah berfikir panjang (yo yo o je) hehe aku pun mengisi nama di kertas tu. Tarikhnya 1 Oktober hari Jumaat. Menu emmm apa ya???

Sedang asyik berborak hehe...

Masa tengah bincang-bincang di meja makan bilik guru, aku dah pun tanya Cikgu Murni nak tempah makanan dengan dia. Terus la aku cadangkan Nasi dengan Ayam Masak Madu. Pastu, aku teringin sangat nak makan Sup Tulang. Sedap woo! (Kisahnya: aku penah makan masa beraya di rumahnnya 2 tahun lepas hehe) jadi, dia bagitau, sup tulang tu dia tolong masakkan je lah. Kos beli tulang aku cover. Pastu, dia tanya pinggan mangkuk camne? Erk....sapa yang nak basuh nanti yer huhu. Kalau aku sorang...MATI! Pakai Buang la jawabnya....STACY hehe!

Makan...makan...sila tambah hehe

Esoknya, aku ajak 3 orang anak murid 4 Capella Hamdan, Rizuan dan Yasir ke bandar teman beli barang-barang sikit. Bila tanya, diaorang sanggup tolong-tolong di rumah nanti. Alhamdulillah. So, senangla keje aku sikit hehe. Tinggal pinjam daripada rumah makcik je. (keluarga angkat aku di sini). Pinggan: 30, Mangkuk: 30, Gelas: 30 Tong Air: 1...beres! Setel!

Antara juadah yang dihidangkan....

Hari Jumaat tu jugak, aku beli udang 3 kg lepas Solat Jumaat di pekan. Nak rebus makan dengan kicap pedas. Selain tu tempah karipap + donut dengan Kak Lela (operator kantin SK Jaya Bakti) mee hon goreng di kantin sekolah. Pastu aku wat Kerabu Ikan Bilis. Murni pun ada sponsor keropok Monny hehe. Tq.

Udang rebus...

Ramai gakla yang datang. Cikgu-cikgu sekolah, ktbm, anak murid dan tak lupa tuan rumah Pak Z hehe. Terima kasih buat anda semua yang datang. Terima kasih Murni sebab tolong masakkan makanan untuk aku hehe. Kepada pembantu-pembantu cikgu Hamdan, Boy, Yasir, Hanafi, Farhan, Iwan (dugong2 bilang Cikgu Fatmawati hehe ganti dayang2) Terima kasih jugak k.

Kerabu ikan bilis...

p/s: Berselera nampak depa makan tempoyak dan sambal belacan kiki.

**********************************************

29 November 2010: Pot Luck Raya Di Sekolah

Buras.....makanan Bugis

Sambal ikan bilis...makan dengan buras!
Cuba teka apa ni?
Jeli-jeli hehe.....setelah dimasukkan ke dalam kuahnya!
Roti jala pun ada...

Alin tengah sibuk memotong...
Ooo...bahan-bahan untuk laksa penang rupanya!
Peace-peace plak Sharifah ni hehe
Rojak buah pun ada...
**********************************************

2 Oktober 2010: Open House Rumah Cikgu Ayu

Sedap nih....ikan tu yang paling best!
Tengah khusyuk hehe...
Malu-malu plak korang nih nak makan...

**********************************************

3 Oktober 2010: Open House Rumah Cikgu Murni

Tengah sibuk mencedok....
Makan-makan...
Sessi berborak lagi hehe

Ini je aku makan :P



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails