Saturday, September 25, 2010

Majlis Restu Ilmu Pelajar PMR & SPM 2010

Salam. Rasa baru je balik semenanjung, dah seminggu berlalu rupanya. Dan, dengan itu juga tarikh-tarikh keramat peperiksaan awam sudah semakin hampir. PMR lagi 10 hari dan SPM 59 lagi hari. So? Anak-anak didik cikgu semua camne? Dah bersiap sedia untuk ke medan perang untuk bertempur hehe. Arap-arap semua sudah bersedia untuk menghadapinya. Tapi kata orang, kalau nak lagi berkat kita perlu mendapat restu kan? Jadi, kelmarin telah diadakan Majlis Restu Ilmu Pelajar PMR dan SPM 2010.

Ahli PRS membantu di Meja Pendaftaran

Majlis yang dikelolakan oleh Unit Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Cikgu Murni ini diadakan pada setiap tahun. Tujuannya ialah untuk mengumpulkan semua ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam ini bagi memohon kepada Allah s.w.t agar diberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada anak-anak ini. Selain itu juga, inilah masanya para pelajar dapat memohon restu daripada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar mereka.

Antara bapa pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan ketibaan ibu bapa dan para jemputan. Kemudian, masjlis diberkati lagi dengan bacaan doa oleh adik Mohd Hafiz Othman. Selepas itu, Tuan Pengetua Mr Henley Liew Yun Ye mengambil peluang memberikan ucapan alu-aluan dan seterusnya memberikan amanat dan nasihat kepada calon-calon PMR dan SPM. Antara isi ucapan beliau ialah beliau mahu semua pelajar berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Baik untuk diri sendiri, ibu bapa mahu pun untuk sekolah. Kejayaan pada hari ini bakal menentukan kehidupan mereka semua pada masa depan.


Mendengar amanat dan nasihat Tuan Pengetua.

Selepas ucapan tersebut. Majlis berehat seketika untuk sedikit jamuan ringan. Menu yang ditempah daripada kantin sekolah ditapau untuk ibu bapa dan guru-guru. Mee goreng dan telur "mata sapi" bersama air kotak menjadi santapan semua hadirin hehe. Bolehlah buat alas perut kan? Hehe.

Antara pelajar yang hadir.

Selepas itu, pelajar dan ibu bapa yang beragama Islam ke surau sekolah dan yang beragama kristian ke bilik muzik. Aktiviti di surau di kendalikan oleh Tuan Haji Ismail Salleh dan Ustaz Ahmad Nazri Yahya. Manakala di bilik muzik dikendalikan oleh Pastor yang dijemput khas. Semoga dengan aktiviti kerohanian ini dapat membina keyakinan dalam diri pelajar selain mendekatkan diri dengan Tuhan. Semoga doa dan harapan akan dimakbulkan olehNya. Amin.

Penyampaian alat tulis kepada para pelajar.

Selesai aktiviti kerohanian, semua berkumpul di dewan terbuka kembali. Majlis diteruskan dengan penyampaian alat tulis kepada semua calon PMR dan SPM. PK1 Cikgu Elsie diiringi oleh PKHEM Cikgu Ayu telah menyempurnakannya.

Bersalaman dengan ibu bapa dan guru-guru memohon restu.

Selesai acara penyampaian tersebut, para pelajar bersalaman dengan ibu bapa dan guru-guru sebagai memohon restu daripada ibu bapa mereka dan atas ilmu pengetahuan yang telah dicurahkan oleh guru-guru. Dengan alunan lagu nasyid "Anak Soleh" nyanyian kumpulan Aeman, ada pelajar dan ibu yang sebak dan menitiskan air mata sewaktu bersalam dengan ibu bapa dan guru-guru. Benarlah kata orang, kasih sayang ibu bapa kita terhadap kita amat mendalam.

Pelukan kasih seorang anak dengan ibu.

Semoga anak-anak didik cikgu semua mendapat restu daripada ibu bapa kamu semua dan kami guru-guru merestui segala ilmu yang dicurahkan selama ini. Semoga Allah juga memberkati kamu semua dan memberikan kejayaan kepada kamu semua. Ingatlah, peluang datang hanya sekali. Manfaatkanlah sebaiknya. Restu cikgu buat kamu semua. Doa diiring buat kalian. Amin!

Tuesday, September 14, 2010

Ceritera Syawal Tahun Ini...

Salam buat semua. Dah 5 hari rupanya kita beraya. Dan seperti biasa, kehadiran Syawal memang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat. Tidak kira kecil, besar, tua, muda, miskin, kaya semuanya menunggu tibanya hari kemenangan umat Islam ini. Tahun ni, tahun kedua aku dan keluarga beraya di Kelantan, sepatutnya beraya di kampung sebelah wife aku plak hehe. Tapi disebabkan termasuk dalam cuti sekolah, kami pun berpakat balik KB dulu sebelum balik ke Kuala Pilah hehe (biasalah kerukunan rumahtangga wakaka).

Foto Raya Kami Sekeluarga

Tahun ni, raya pertama jatuh pada hari Jumaat 10 Sept. Jadi biasalah masa jadi suntuk skit sebab kene pergi solat Jumaat plak lepas tu. So, kitaorang pun plan lah awal-awal camne program beraya hari tu hehe. Pagi-pagi lagi, aku, ma dan Abg Nan ke Masjid Telipot untuk solat sunat Aidilfitri. Balik rumah, biasalah sessi mengisi perut dulu. Tahun ni, aku dengan Kak Zan tempah sate. Pastu, cam biasalah sessi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Tetamu pertama rumah aku cam biasa Maksu Som (adik ma aku) dan familynya. Pastu terus ke rumah Kak Na (depan umah abang aku je). Ada nasi dagang woo hehe..Pastu, barulah berkonvoi ke rumah Maksu Anin (biasanya ke rumah Chik Bidah dulu, tahun ni terskip sebab Chik dah keluar rumah), rumah sedara Ayahsu Maksu Som dan rumah Toksu di Telipot. Makanan yang aku jumpa hari ni pun macam-macam. Ada sate, laksa Johor, nasi minyak, bla..bla..bla hehe. Hmm tapi yang unik ada daging ayam belanda..kiki aku pun tak penah makan. Biskut raya jangan citer ar, nama yang biasa kita dengar dari zaman kecik dulu sampailah kuih-kuih moden yang nama-namanya pun mengalahkan pari-pari kayangan hehe (aku tau ke nama pari-pari wakaka TAHYUL). Habis beraya Fasa I ngam-ngam sampai umah jam 12.30. Bersiap-siap pergi solat Jumaat di Masjid Bunut Payong.

Soffeya dengan Kak Pijah (gambar blurr skit)

Balik solat Jumaat, berehat jap. Kul 3 petang, sambung beraya lagi hehe. Fasa II beraya di rumah Ayah Lan di Bukit Marak, Abe Ain di Julok dan Kak Nor di Paloh. Aku dah tak larat nak makan lagi dah...perut cam dah penuh huhu. Rasa skit je mee kari umah Abe Ain. Umah Kak Nor makan buah dokong je lah kiki. Maghrib baru sampai umah. Penat giler seharian beraya hehe.

Pijah bersalam dengan Tok Ma

Malam, kami semua bergotong royong untuk open house esok. Menunya ialah Laksa Penang dan Tuna Spaghetti. Aku pun apa lagi ikut sama gakla, walaupun seme keje kene tanya expert dulu hehe. Sempatlah aku potong carrot, potong bawang besar. Maksu Som anak beranak pun datang menolong gak. Sambil-sambil wat keje, belasah sate yang abang Nan bakar dekat belakang hehe. Selesai semua keje dekat kul 12 malam gakla huhu. Kepenatan! Walaupun aku nyer part bukan banyak pun hehe.

Mama dengan Piya beraya di rumah Maksu Som

Raya ke-2 pagi-pagi dah bangun setelkan skit-skit lagi yang belum dimasak. Kul 9.30 pagi dah ada sedara mara yang sampai. Yang paling awal sampai Kak Na Maksu Anin dengan familynya sekali. Huh, lepas tu memang tak putus-putusla yang datang. Sedara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Tak menang tangan melayan tetamu yang datang. Tapi seronok, sebab sekali sekala dapat jumpa dan meriah bagai nak rak dengan gelak tawa dan senda gurau. 4 orang xclassmates waktu di SIC pun datang. Thanx Harris, Afzan, Hairy, Mize. Dan tidak lupa Abg Aidi, senior aku di UKM dulu.(jumpa gak rumah dengan bantuan GPSnya hehe). Borak pun tak puas sebab aku terpaksa bersiap-siap untuk balik ke Kuala Pilah plak petang tu.

Piya dengan GGR (Geng-Geng Raya) hehe

Planning nak bertolak kul 4.30 petang. Leka berborak dengan member-member terpaksa delay sampai kul 6.00 petang hehe. Sib baik, wife yang tolong packing barang-barang. Pas mandi dan solat Asar, aku bergerak dari rumah. Singgah drive-thru McDonalds di Wakaf Che Yeh jap beli bekal. Kemudian berhenti isi minyak full tank di Petronas. Banyak gak keter atas jalan. So, kami bergerak dengan kelajuan 60-70 km/j je lah. Singgah makan di Hentian R&R Gua Musang jap sebelum teruskan perjalanan. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada masalah atau berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya. Sampai di tol Gombak, aku bertukar driver dengan wife plak. Tak larat dan rasa ngantuk skit-skit hehe. Dia takpe, dah tido dari tadi lagi kiki. Sampai kampung je dah kul 3.00 pagi huhu. Ngantuk giler. Terus masuk bilik. Zzzzzzzzzz!



Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan Yang Kian Pergi....

Salam buat semua. Sedar tak sedar hari ni dah hari ke-29 kita berpuasa. Dan pukul 8.05 malam tadi jugaklah telah diumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri telah ditetapkan pada hari Jumaat 10 September seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja. Hmm dari aku kecik sampailah aku dah berkeluarga, masih lagi Engku Ngah ni yang mengumumkannya. Kalau dulu masa kecil, korang mesti ingat yang pengumuman tu yang sentiasa ditunggu-tunggu kan hehe. Maklumlah dulu masa kecik-kecik kita bersemangat nak raya.


Dengan itu jugaklah segala spekulasi (perghh spekulasi tu hehe) yang raya kononnya jatuh pada hari Khamis tersangkal sama sekali. Tak baik diaorang nih, nak sangat raya sampai sanggup sebar khabar angin. Ker, sebab tak sanggup solat dua kali korang nih hehe. Apa-apapun, raya lah hari apa pun, yang penting bulan Ramadhan yang mulia kian pergi meninggalkan kita. Kalau kita ingat kata-kata "Ramadhan kehadiranmu dirindui, Kepergianmu di tangisi" pasti meninggalkan kesan dalam diri kita. Ye lah, kita pun tak tau sama ada tahun depan kita masih berkesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Wallahuallam! Jadi, macam mana dengan amal ibadat kita pada tahun ni? Harap-harapnya diterima oleh Allah s.w.t. Misi aku sendiri pun sikit lagi nak selesai. Arap-arap esok sempurnalah semuanya. Insyaallah.

**************************************************

Hari ni juga hari yang agak sibuk bagi aku dan keluarga. Tengahari aku, wife, soffeya dan ma ke bandar KB untuk membeli barang-barang. Raya ke-2 nak buat open-house skit. Kakak ipar aku (Kak Dah) nak masakkan laksa penang dan wife aku nak buat tuna spaghetti. So, kepada saudara-mara dan kawan-kawan di KB jemputlah ke rumah raya ke-2 yer hehe. Tapi jangan lambat sangat sebab petang atau malam kami akan bertolak balik ke Kuala Pilah untuk beraya di kampung sebelah family wife aku plak. Malam ni jugak, kami satu keluarga berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Menunya ialah " Nasi Hujan Panas" pergh menyelerakan esp ayam berempahnya. Gambar lauk-pauk je sempat aku snap, gambar tengah makan takde. Sebab semua tengah khusyuk makan hehe. Oklah, dah lewat malam ni, soffeya kat sebelah dah tertido dah pun. Penat agaknya. C u then. Chow....

Menu Berbuka Hari Ni...Yummy!


Monday, September 6, 2010

Pulang Dari Perantauan...

Nampak gak rupanya umah aku nih guna google map!

Salam. Kelmarin lebih kurang pukul 6.30 petang, aku dengan isteri tercinta dan anak tersayang selamat sampai di rumah aku di Kota Bharu, Kelantan. Biasalah, time-time hari raya dan cuti macam ni lah ada peluang balik ke kampung halaman. Yalah aku kan masih mencari rezeki barang sesuap nasi di bumi Sabah. Rasa seronok dan gembira memang ada walaupun orang kata "ai...dah tua bangka pun cam budak-budak". Actually bukan semangat nak main mercun dan dapat duit raya hehe tapi peluang dapat berjumpa dengan mak-ayah, adik-beradik, ipar-duai, anak-anak buah, pakcik-makcik, sepupu-sepapat, sedara-mara, jiran tetangga, sahabat-handai dan rakan taulan. (Uii banyaknya orang yang dapat jumpa kiki)

**********************************************
~Flashback ke tarikh 5/9/10 jam 10.00 pagi~

Setelah siap memasukkan barang-barang ke dalam kereta, maka bersalam-salaman lah kami semua. Baru jer bergerak, teringat belum lagi jumpa Uwe dgn Atuk. So, kitaorang sempatla singgah jap umah Mak Uda jumpa diaorang. Uwe dengan Atuk sempat berpesan "bawak keter, elok-elok, jangan laju-laju, jangan potong-potong, biar lambat asal selamat sampai" Aku membalas Insyaallah. Biasalah pada musim-musim perayaan macam ni, kes-kes kemalangan memang banyak berlaku. tengok jelah dalam suratkhabar ke, berita ke, setiap hari pasti ada jelah yang berlaku. So, aku pun memang risau gak driving. So, berhati-hati jelah caranya.

Lepas tu, perjalanan diteruskan. Ingat mau cari jalan paling dekat ke Karak dari Seremban. So, aku trylah Garmin app dalam handset aku tuh. Search punya search takdelah pulak. Hampeh punya peta hehe. So aku wat keputusan amik LEKAS highway jelah. Sepanjang highway tu, barulah wife jumpa setelah digodeknya Garmin tuh. Haha sia-sia kene kutuk dengan aku tadi wahai Garmin. Padahal aku yang tak reti pakai huhu. Memang lekas sampai lah guna LEKAS nih hehe. Tak sampai sejam dah sampai ke Tol Gombak. Perjalanan diteruskan lagi. Keadaan cuaca plak redup je. Syukur Alhamdulillah. Harap-harap sampai ke petang camni, tak ngantuk sangat drive. Mana tau leh tahan 7, 8 jam kali ni. Soffeya dah selamat sambung tido di seat belakang hehe.

Sampai di Benta, berhenti di stesen Petronas Benta jap isi minyak. Pastu sambung lagi, Soffeya dah bangun tapi merengek-rengek panggil mamanya. Ingatkan kenapa? Bila dah datang depan duduk dengan mamanya. Tiba-tiba burrrrr! Ler muntah plak baby. Pening agaknya. Mungkin masuk angin, sebab pagi tadi dia tak sarapan, sempat minum susu jer. Kesian baby! Aku sempat berhenti di siring jalan ....siring?? influence bahasa sabah sudah hehe! Erk tepi yer. Tukar pakaiannya, kemudian teruskan perjalanan. Lepas tu jugak nampak ada satu kereta terbabas ke tepi. Nampak cam teruk. Terus aku berdoa dalam hati "Ya Allah Kau selamatkan lah perjalananku ini"

Sampai di Gua Musang, aku mencari kedai KFC. Bukan aku tak puasa yer hehe. Tapi untuk Soffeya. Cari punya cari, pusing punya pusing tak jumpa pun. Mana sudah KFC yang aku biasa nampak tu? So, aku pun keluar dari bandar GM. Sampai di hentian R&R GM, aku berhenti jap cari makanan untuk Soffeya. Tapi takde plak yang menjual makanan. Menyesal plak tak bawa bekal untuk dia. Last-last mamanya belikan air Ribena dengan roti coklat jer. Mata aku pun dah mula kuyu sebab cuaca cam dah panas skit. So, aku tukar dengan wife plak yang drive. Baru pukul 3.30 petang, harap-harap jalan tak jammed dan sempat berbuka di rumah.

Lebih kurang pukul 6.30 petang, sampailah kami di rumah aku. Alhamdulillah selamat sampai jugak akhirnya. Home sweet home la kan bak kata orang putih kiki. Salam dengan ma. Selesai angkat barang-barang, aku masuk ke dapur. Buka saji, tengok juadah hari ni. Bukan apa, dah lama tak merasa masakan Kelantan nih hehe. Aku tengok ada murtabak, ada popia goreng, ada rendang daging, ada sambal "pucuk cupu" dan lain-lain. Pergh! Tak sabar nak berbuka nih hehe.

*********************************************

Kelate Oh Negeriku!
Image Credit:http://travelmalaysiaguide.com/images/kelantan-gate.jpg

Buat mereka yang masih berada di perantauan, selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, bak comments kawan aku MazlanABM dalam Facebook pesanan dari JKJR hehe.

p/s: Sepanjang jalan dr GM ke KB, aku perasan banyak papan tanda yang mengingatkan pemandu supaya berhati-hati. "Kepulangan anda sedang dinanti", "Ingatlah orang tersayang" dll. So, baca-bacalah skit time memandu tu hehe.

Saturday, September 4, 2010

Sketsa Merdeka dan Tiram Goreng

Salam buat pembaca. Hari ni last day sekolah sebelum cuti raya yang agak panjang. Entri kali ini adalah mengenai Pertandingan Sketsa Merdeka antara kelas yang telah dijalankan pada 3 Sept 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMKBII. Seingat aku sepanjang sekolah ni dibuka, inilah kali pertama pertandingan sketsa diadakan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan daripada semua kelas. (Apa tidaknya, kelas mana yang tak hantar penyertaan akan kena la ???? hehe). Bertepatan dengan tema 1 Malaysia, kebanyakan kelas menonjolkan suasana kemerdekaan, perpaduan dan semangat patriotisme. Semoga pembelajaran tidak formal ini dapat menerapkan satu lagi nilai yang semakin hilang ditelan arus zaman.

5 Antares

Para juri yang arif lg adil telah dilantik secara paksarela hehe PK1:Pn Elsie, PK HEM:Pn Maslindah, KB Kem:Pn Melinah dan KBTekVok:Cik Masidah. Semua kelas menunjukkan bakat dan komitmen yang tinggi dalam mempersembahkan sketsa masing-masing. Walaupun pada bulan puasa, cikgu kagum sebab ramai yang sanggup stay back petang untuk latihan. Props juga tidak kurang hebatnya. Dengan kerisnyalah, senapangnyalah dan macam-macamlah kamu buat. Pakaian jangan ceritalah, kalah baju raya artis-artis hehe. Thumbs up untuk kamu semua.

2 Sirius

Namun kerana kita kesuntukan masa, banyak sketsa terpaksa di "cut" bagi mengelakkan kita semua balik lambat. Even tadi pun jam 11.45 baru bersurai semuanya. Dan mohon maaf kepada 3 Canopus yang tidak dapat mempersembahkan sketsa mereka bagi memberi laluan kepada Tuan Pengetua memberikan sedikit ucapan sebelum cuti bermula.

4 Capella

Jadi sebagai penutup kepada semua program Sambutan Bulan Kemerdekaan, cikgu rasa semuanya telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah ini semua adalah berkat kerjasama semua guru dan pelajar dalam menjayakan aktiviti kemerdekaan kita pada tahun ini. Insyaallah sekiranya berkesempatan, akan kita laksanakan pada masa akan datang. Tahniah buat semua dan keputusan akan diumumkan selepas cuti Hari Raya nanti. Suprise!

*****************************************
Petang tadi, dalam mamai-mamai terdengar bunyi SMS masuk. Bila baca, si Rizuan Mohamad a.k.a Boy bagitau mamaknya dah siap gorengkan tiram dan minta aku pergi ambil di Kolapis. Apa lagi, rezeki datang bergolek hehe. Thanks. Ha! Korang kenal tak tiram nih? No..No...Bukan yang hasilkan "mutiara" tulah...ni jenis lain skit hehe. Tapi tiram jugaklah, cuma yang hasilkan mutiara tu kita tak boleh makan je. Kalau nak tau pasal tiram, bolehla klik di sini Tiram. Apa lagi, berbuka dengan tiram la tadi hehe. Chow dulu, nak abiskan tiram ada sikit lagi ni hehe....

Tiram Goreng

Wednesday, September 1, 2010

Mari Menanam Orkid Gergasi....Grrrrr!


Sekali dengar pada nama ingatkan gergasi cam Godzilla ke Gorgon ke hehe. Actually pada 2 minggu lepas aku ke SK Jaya Bakti untuk pemantauan kokurikulum. Sampai je di kawasan sekolah tersebut, terciumlah bau yang cukup mengharumkan. Hish bahaya nih, kalo tercium bau-bau pelik (bahaya apanya bulan puasa ni keke). Tinjau2, tu dia banyaknya spesies pokok bendalah nih. Orkid Gergasi ni atau nama saintifiknya " Grammatophyllum speciosum" xlrpzvsrtgh...terbelit lidah nak menyebutnya adalah merupakan spesies orkid yang terbesar di dunia. Bla...bla...bla....tentang bunga ni bleh baca di sini ya Wikipedia hehe. tapi apa yang buatkan aku impress dgn orkid ni ialah untuk berbunga ia ambil masa 4 tahun sekali huhu. Nampaknya sapa yang tanam dh tua, bleh mati dulu sebelum sempat tengok bunganya ahaks. PK1 nya dok bercerita diaorang amik di Sua Lamba anak pokoknya di atas pokok-pokok balak. No wonder, arwah bapak mertua aku penah jumpa dekat dalam hutan atas balak yang dah mati. Di ambilnya dan di tanam di tepi rumah di Seremban. Rasanya cam belum berbunga lagi setakat nih. Ramai jugak peminat-peminat orkid berebut-rebut nak cari dan tanam "rimau" ni sebab "kepayahan" dalam mencarinya. So, kepada mereka yang berminat pegilah masuk hutan cari anak pokok orkid rimau nih hehe. Jangan sampai sesat sudah...siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka jugak hehe. Dan dengar-dengar citer, ada jugak yang offer $$$$ untuk dapatkan orkid ni. Ntah benar atau tidak Wallahuallam!

p/s: Marilah kita mendengar pantun 2 kerat yang ada kaitan dengan rimau hehe..

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

(ntah apa kaitan dgn post ni, aku pun tak tau wakaka)

Related Posts with Thumbnails