Salam buat semua. Sedar tak sedar hari ni dah hari ke-29 kita berpuasa. Dan pukul 8.05 malam tadi jugaklah telah diumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri telah ditetapkan pada hari Jumaat 10 September seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja. Hmm dari aku kecik sampailah aku dah berkeluarga, masih lagi Engku Ngah ni yang mengumumkannya. Kalau dulu masa kecil, korang mesti ingat yang pengumuman tu yang sentiasa ditunggu-tunggu kan hehe. Maklumlah dulu masa kecik-kecik kita bersemangat nak raya.
Dengan itu jugaklah segala spekulasi (perghh spekulasi tu hehe) yang raya kononnya jatuh pada hari Khamis tersangkal sama sekali. Tak baik diaorang nih, nak sangat raya sampai sanggup sebar khabar angin. Ker, sebab tak sanggup solat dua kali korang nih hehe. Apa-apapun, raya lah hari apa pun, yang penting bulan Ramadhan yang mulia kian pergi meninggalkan kita. Kalau kita ingat kata-kata "Ramadhan kehadiranmu dirindui, Kepergianmu di tangisi" pasti meninggalkan kesan dalam diri kita. Ye lah, kita pun tak tau sama ada tahun depan kita masih berkesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Wallahuallam! Jadi, macam mana dengan amal ibadat kita pada tahun ni? Harap-harapnya diterima oleh Allah s.w.t. Misi aku sendiri pun sikit lagi nak selesai. Arap-arap esok sempurnalah semuanya. Insyaallah.
**************************************************
Hari ni juga hari yang agak sibuk bagi aku dan keluarga. Tengahari aku, wife, soffeya dan ma ke bandar KB untuk membeli barang-barang. Raya ke-2 nak buat open-house skit. Kakak ipar aku (Kak Dah) nak masakkan laksa penang dan wife aku nak buat tuna spaghetti. So, kepada saudara-mara dan kawan-kawan di KB jemputlah ke rumah raya ke-2 yer hehe. Tapi jangan lambat sangat sebab petang atau malam kami akan bertolak balik ke Kuala Pilah untuk beraya di kampung sebelah family wife aku plak. Malam ni jugak, kami satu keluarga berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Menunya ialah " Nasi Hujan Panas" pergh menyelerakan esp ayam berempahnya. Gambar lauk-pauk je sempat aku snap, gambar tengah makan takde. Sebab semua tengah khusyuk makan hehe. Oklah, dah lewat malam ni, soffeya kat sebelah dah tertido dah pun. Penat agaknya. C u then. Chow....
Menu Berbuka Hari Ni...Yummy!
No comments:
Post a Comment