Saturday, December 20, 2008

Salam Cuti Akhir Tahun

Salam buat semua. Fuhh..lama giler xdpt update blog aku nih. Maklumlah bila dh blk kg internet connection xde, pastu malas plak nkgi cc. Lg pun byk urusan bila dh balik kg time cuti2 pjg ni kan. Skrg aku kat seremban, dr awal cuti hr tu aku dh balik KB 3 minggu. Skrg ni turn umah isteri aku plak. Byk perkara yg berlaku dlm masa cuti ni. Ada cerita sedih, cerita gembira. Pd 18/12 sepupu aku Abg Nor telah kembali ke rahmatullah. Arwah adalah anak makcik sblh mak aku. Arwah ni cikgu gak. Kesian dan sedih sbb anak arwah kecil2 lagi. Ms aku kat KB hr tu smpat gakla aku melawat dia kat hospital 2 kali dan kat umah sekali. Semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya.
Cuti ni gak ramai kwn dan junior kat UKM yg kawin. Antaranya:
1. Nizam + Su (cikgu sek aku)
2. Padi (junior UPSM)
3. Shida (1batch UPSM UKM) + Lan KK (classmate KPLI M3P)
Sorry xdpt dtg krn xbkesempatan. Apa2 pun slmt pengantin baru. Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin
Cuti ni gak, aku telah menyambar satu benda yg dh lama menjd idaman aku cuma blum ada bajet je hehe. Apa dia? hehe laptop la. Aku telah beli masa PC Fair kat KL Convention Centre on 14/12 yg lepas. nntla aku update psl laptop tu bila ada ms nnt k.
Aku rs cukuplah smpai sini je hari ni. Ni pun aku singgah cc jap pas balik antar adik ipar aku ke terminal 1 td. Ok, chow dulu. Salam.

Saturday, November 15, 2008

Kejohanan Badminton Berpasukan Tertutup

Aku tgh beraksi di gelanggang (ntah gaya apa ntah hehe...)
Salam buat semua,
Last week aku dgn guru2, ktbm dan bbrp org pelajar ada pertandingan badminton berpasukan tertutup. Perlawanan tsbt telah diadakan pd hari selasa dan khamis di dewan serbaguna Beluran. Perlawanan adalah secara liga dengan menampilkan 4 pasukan iaitu team Bunga Raya, Modenas, Proton dan Harimau. Semua pasukan diwakili oleh 7 org pemain tmsuk seorg pemain simpanan. 2 beregu lelaki dan 1 beregu wanita.
Terima Kasih Tuan Pengetua
Aku dgn wife brd dlm team Modenas. Ahli kumpulan aku yg lain adalah Md Nor, Isa, Suresh, Odah dan Lam. Berikut keputusan pada 2 hari tsbt:
Selasa:
Modenas vs Proton = Menang (2-1)
Modenas vs Harimau=Menang (2-1)
Khamis:
Modenas vs Bunga Raya=Kalah (1-2)

Jadi, setelah pengiraan dibuat, berikut ialah keputusan keseluruhan perlawanan tsbt:
1.Bunga Raya
2.Modenas (team aku le ni hehe)
3.Proton
4.Harimau

Aku tgh menyampaikan hadiah kpd Cikgu Jamil (team Proton)

Oklah kot hehe..tp aku tak puas hati sbb game yg aku main dua2 kalah. Maybe sbb dh lama tak turun main badminton atau pun team yg lwn aku tu lagi kuat dr aku hehe. Apa2 pun semer org enjoy dan dpt kuarkan peluh. Bak kata slogan “Badan Sihat, Minda Cerdas” Next year cuba lagi. Chaiyuk…Chaiyuk :)
Bergambar beramai-ramai selepas penyampaian hadiah

Wednesday, November 12, 2008

Annual Dinner SMKBII 2008

Black & White Theme hehe (sorry soffeya red and white jer hehe)
Salam, dah 2,3 hari aku tak menulis blog aku ni. So, hari ni aku nak citer psl annual dinner kitaorg last Sunday nite. Begini citernya…
Hari Ahad yg lepas, telah berlangsung Majlis Makan Malam Guru2 dan KTBM sekolah aku. Tahun ni kami buat di City Club Sandakan. Guru2 dgn KTBM free, tp sapa bawa pasangan kene tambah RM35. Aku sampai jam 5.50 cmtu…masa tu dh ada yg sampai. Dan yg lain2 masih blum muncul. Sempatla borak2 dgn geng2 aku. Si Lin bgtau nnt ada pertandingan karaoke. Dia dh sediakan hadiah utk pemenang hehe. Apalagi seme pakat dok belek songs listing. Dengan berkonsepkan suasana santai, kami berkumpul tepat jam 6.30 ptg utk sedikit majlis ringkas dgn ucapan PK1 dan Pengetua. Kemudian diringi bacaan doa oleh Ustaz Rafik (muahaha…cess si Lin pandai2 je ko suh Ruzanna letak nama aku baca doa) kami memulakan jamuan makan. Makan secara buffet tp aku kat meja VIP depa hidang. Mulanya ingat dia xhidang, aku dgn yg lain kat meja tu semer gi amik kat meja buffet hehe.Pastu, ada dia nyer waiter bgtau kami. Lauk-lauk yg dihidangkan mlm tu not bad jugak la…sedap. Ada ayam lemon, sup cendawan, roasted lamb, nasi jagung kukus, garlic bread, ayam bijan, daging black pepper dll. Desertnya plak beancurd dgn laici.

"And now the end is here......."
Selepas selesai mkn, barulah acara karaoke dimulakan. Pengetua yg 1st nyanyi hehe. Aku yg ke-2…lagu yg dah lama aku nak nyanyi “My Way” by Frank Sinatra hehe. Tp, video clip dia ntah hapa2 hehe (tgk dlm gambar kat atas) Semer pakat dok phewett aku ms aku tgh “menyumbangkan” suara hampehh tul. Pastu yg lain2 pun turut serta la nyanyi..adalah 10 org yg join. Pengetua dgn PK1 aku siap 2,3 lagu nyanyi hehe. Last sekali aku sambar lagi 1 lagu favourite aku “Di Sudut Kamar Hatiku” oleh Jamal Abdillah. Tp terkiok kat part chorus sbb tak sampai suara hahaha. Apa2 pun enjoy gakla mlm tu. Dan pemenang dpt adiah yg disediakan. Sbg cenderahati, pihak sekolah telah sediakan hamper utk setiap org yg bleh diambil kat sekolah kelmarin dulu hehe. Oklah tu je citer psl dinner sek aku. Insyallah tahun depan wat kat tempat lain plak. Salam.

Yang baju biru tu naper menyibuk ye hehe...(ampun Lin hehe)
p/s: Thx pd sesapa yg bertungkus lumus menjayakan dinner kita mlm tu. Dr yg survey tempat, bungkus hadiah dsb.


Sunday, November 9, 2008

Lawatan Sambil Belajar Ke KK..

Di Muzium Sabah (Kampung Warisan)

Seperti yang aku janji, balik dr KK aku nak citer psl Lawatan ke KK tempoh hari. Lawatan ni utk student form 3 yg baru abis exam PMR. Berikut ialah ringkasan aktiviti semasa lawatan tersebut:
Hari Pertama (4/11/08)
7.30 pg: Bertolak ke Ranau
10.30 pg: Sampai di Ladang Teh Sabah
11.30 pg: Bertolak ke Air Panas Poring
12.00 tgh: Sampai di Air Panas Poring
5.30 ptg: Bertolak ke SMK(A) Ranau utk menginap

Inilah dia driver bas kami hehe..

Hari Kedua (5/11/08)
6.30 pg: Bertolak ke KK
9.30 pg: Sampai di Lok Kawi Wildlife Park
12.00 tgh: Bertolak ke Center Point
2.15 ptg: Sampai di Center Point/Mkn tgh
3.15 ptg: Bertolak ke UMS
4.30 ptg: Bertolak ke 1 Borneo
6.30 ptg: Bertolak balik ke SMK(A) Ranau

Mama & Soffeya di Kundasang War Memorial

Hari Ketiga (6/11/08)
7.00 pg: Bertolak ke Taman Kinabalu
8.30 pg: Berjalan-jalan di Taman Kinabalu
9.30 pg: Bertolak ke Kundasang
10.30 pg: Sampai di Kundasang War Memorial
11.00 pg: Berjalan-jalan di Pekan Kundasang
12.00 tgh: Bertolak ke Ranau
1.00 ptg: Mkn tgh di Pekan Ranau
2.00 ptg: Bertolak balik ke Beluran
5.30 ptg: Sampai di sekolah

3 Beranak di Kinabalu Park (Timpohon Gate)

Secara keseluruhannya, oklah lawatan tersebut. Semer org enjoy hehe. Hari kitaorg smpai dr KK tu gak 16 org guru ke Tawau utk Lawatan Benchmark ke sekolah2 cemerlang di Tawau. Aku akan pergi Lawatan Fasa II di KK dan Kudat tahun dpn.

Inilah anak-anakku form 3 yg dibawa

Monday, November 3, 2008

Ke Kota Kinabalu Lagi...

Ada sapa2 berminat dgn benda2 camni tak? Bleh contact aku :)
Salam. Hari ni kat sek, Mesy Agung Unit2 Kokurikulum slps rehat. Pastu aku join mesy disiplin mlibatkan bbrp kes disiplin & biasiswa. Pastu kul 1.15 meeting Kelab Guru plak. Pd J/K baru yg terpilih Tahniah hehe..slmt menjalankan tugas anda pd tahun depan. Smoga Kelab guru akan bertambah mantap pd thn depan. Dengar citer nak beli TV dan peti sejuk letak kat bilik guru. Baguslah, bleh aku tumpang letak aiskrim hehe. Annual dinner pun dh ditetapkan tempatnya td on 8th Nov nnt. Sok, aku akan mengiring bdk2 form 3 ke KK 3 hari 2 mlm. Ada lawatan sambil belajar. Kami berlima semernya cikgu pengiring. Aku, Raj, faizal, Murni dan Odah. My wife pun ikut sekali. Yelah mana nak tinggal hehe. Hai, br je balik dr KK last week, pegi KK lagi hehe. Oklah nnt pape hal aku update dlm post aku pas balik dr KK nnt. Till then..bye.

Thursday, October 30, 2008

Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)



Salam. Hari ni sek buka semula slps bercuti Deepavali. Bila buka sek ni biasalah pagi2 mesti sibuk skit dgn keje2 yg kene disetelkan. Tambahan plak hr ni aku wat pendaftaran kokum utk thn dpn. So, sibuk dgn borang2 pdftran ar. Tiba2, tdgr depa dok bising2 kat luar bilik aku. Intai2, ,masing2 dgn handset kat tgn. Aku pun buat2la menyibuk tanya ada apa? PK1 bgtau result PTK dh kuar hr ni. Bleh cek dgn SMS. Online kul 8pg br bleh. Adui bdebar2 terus jantung aku dgr berita tsbt. Kak Ayu.PK HEM aku yg 1st cek. Siap kitaorg kuar kat depan tiang bendera sek cr line. Maklumlah sek aku ni susah skit dpt line. Dpt je line masuk msg hp dia. 4,4 huyoo. Apa lagi gembira bukan kepalang dia. Aku dh teruja ni nak cek. Terus kuarkan hp. Baca Bismillah 2,3 kali. Dalam hati aku berdoa Ya Allah bagi lah aku lulus PTK ni. Aku taip PTK 780501******send ke 39003. Titt..titt. Uiks cepatnya masuk msg. Buka2 msg. Alhamdulillah aku dpt 4,4 gak utk kertas Umum dan Khusus(P&P). Gembiranya rasa dlm hati hehe. Terus send sms kat my wife bgtau. Mcm tak expect gak sbb 1st time amik terus dpt 4,4. Tp apapun, aku sgt2 besyukur kehadrat Allah s.w.t yg telah menentukan ini semua. Alhamdulillah sekali lagi.Jam 9.30 baru mkn mee rebus yg my wife bekalkan. Pastu join meeting dgn PKHEM utk guru kelas dan pembantu guru kelas pd thn depan. Hari ni dpt borang SKT. Huh kene mengisi lagi la cam biasa. Sblm balik PK1 aku inform ptg ni Jab Haiwan nak wat friendly match bola kat pdg sek. Dia tanya aku bleh main tak. Aku confirm dgn cikgu2 yg lain pastu dh dpt green light dr Cikgu Yus. Aku ckp on sajalah. Tp masalahnya pdg sek aku dh jd takungan air hujan. Tu yg petang td main cam dlm sawah hehe. Ada alasan skit kalah 4-0 hehe. Apapun, thx pd player2 yg main ptg td. Ada students, ada cikgu2 smk beluran 1, dn bbrp kenalan rapat dr Kg Kolapis. Cuba lagi lain kali hehe. Ptg td gak rasmi jersi baru bola sepak kuang-kuang.

Cuti-Cuti Kota Kinabalu

Pemandangan Gunung Kinabalu Dalam Perjalanan
Salam,
ni post kedua aku tentang program jln2 sms cuti deepavali yg lepas. Pd 26hb aku sekeluarga dgn 4 org lg cikgu sek aku pergi jln2 di KK. jam 7.30 pg kitaorg btolak dgn 2 buah keter. Mizi dgn Faizal, Odah dgn Azian plak naik keter aku. Dlm perjalanan singgah kat Telupid minum2, pastu singgah di Kundasang utk mkn tgh. Sayap ayam takbleh tinggal hehe. Sampai KK dlm jam 2.00 ptg. Terus survey hotel. Last2 jumpalah Hotel Rafflesia kat tgh2 bdr KK tu. Ok gakla rate dia RM85 utk single deluxe room. Sblum smpai tu ada gakla sesat situ sini hehe. Almaklumlah semer xpenah smpai KK dgn keter lg, asik naik flight je kalo gi kursus.
Soffeya Berposing Di Lok Kawi Wildlife Park
Ptg tu kitaorg rehat2 dulu. pastu jam 5.00ptg gi jln2 kat Centre Point. Ms jln2 tu jumpalah si Heliza AF tu. Mula2 aku tperasan aku kata sapala minah ni mcm familiar je muka dia hehe. Last2 my wife ckp eh Heliza hehe. Pastu jam 6.00 ke pasar malam Sinsuran, hujan turun agak lebat ms tu. So, berpayung la kami semer, tp basah gakla. Jumpa warung kat pasar malam tu, singgah mkn mlm. Cari2 seafood sotong, udang, ikan semernya mahal...huhu. Terus xjd. Order yg biasa2 je...sama sayap ayam lagi hehe. Jam 8.00 mcm tu singgah pasar mlm Kg Air. Ha, kat sinilah tempat jual segala kristal, mutiara yg murah2. Kat kedai yg mula2 skali (Rahima Rahim) kitaorg dh mula rmabng mata. Faizal, Odah, Norazian dh beli kat sini. My wife pun beli gelang mutiara bdk2 RM12/ 5 utas. Ingatkan dh murah. Sib baik adik ipar aku ada kenal sorang akak ni (Rina Handicraft), bleh dpt lagi murah. Apalagi memborong la kami di sana smpai jam 9.30 mlm. Abis dekat RM400 beli brg2 kat situ utk souvenir kuarga dan ada yg dikirim org. Balik hotel terus tido kepenatan.

Mama & Soffeya Di Kundasang

Sok paginya, plan nak ke Taman Tunku Abdul Rahman (PUlau Manukan, Sapi, dll) tp cuaca tak brp elok. So, kitaorg tukar plan ke Air Terjun Kiansom di Inanam. Dgn berbekalkan nama Inanam dan Kiansung (ms tu xtahu Kiansom nama dia hehe) jumpalah gak tmptnya. Sgt cantik dn best mandi kat situ (sila lihat gambar). balik dr situ, kitaorg mkn2 kat Restoran Sempelang (hampeh cekik darah nyer kedai..aku amik nasi dgn sotong tepung RM7.50..gilo apo) Tak puas ati btul. Pastu ptg, gi jln2 di Lok Kawi Wildlife Park (kira cam Zoo Sabah ar). Oklah tmpt ni, very well maintained dn cantik. Soffeya seronok sakan tgk binatang2 kat situ. Ptg on the way balik hotel singgah Pantai Tg. Aru. Lepak2 skejap amik gambar sblm balik hotel. Mlmnya adik ipar aku bawak kami mkn Kedai Makan Tomyam dekat Jalan Sembulan. Wow mmg best, kami pesan sotong tepung, kailan ikan masin, tomyam campur, telur bungkus, ayam masak halia...semer skali RM61, 4 org mkn. Oklah tu...bbaloi dgn sedapnya.

Pemandangan Air terjun Kiansom, Inanam
Soknya, geng2 bujang ke pulau sbb cuaca dh ok. Aku dgn wife tak join sbb adik ipar masih ada. Lgpun risau bwk soffeya naik speedboat yg laju melantun2. Lpea sarapan di Maimunah Curry House, pegi kedai buku jap. Kitaorg bertolak balik dlm jam 10.30pg. Sesat lagi hehe. Sib baik call Mulan tanya direction. Dlm pjlnan singgah di Pekan Nabalu Kundasang tgk2 cenderamata. Then aku terus je. Konon nak berenti Kinabalu Park (bgambar), Kundasang (beli sayur) dan Poring (mandi air panas). Aku risau hujan turun, aku teruskan je pjlnan. jam 4.00 ptg smpai umah. geng2 bujang yg btolak kemudian smpai jam 7.30 mlm. Itulah citer serba sedikit percutian selama 3 hr 2 mlm di KK. Sekian.
Papa & Anak Papa





Berkelah Di Bakung-Bakung

Salam. Lama jugak aku tak update blog aku ni. Bukannya apa, bz sgt dgn xtvt kat sekolah. So, xde masa nak update. Acct, ada 2 tempat yang aku pergi waktu cuti Deepavali lalu. Since sek aku amik cuti berganti, lama skitla kami cuti dr 25 - 29 Okt. 25hb aku dgn geng2 cikgu 1 sek berpicnic di Air Terjun Bakung2. Tempat ni xdelah jauh sgt dr tmpt aku. Dlm 1 jam saja pjlnan (kalau sesapa penah baca post aku tahun lepas ada psl picnic di Bakung2 gak). So, kira ni kali kedualah kami ke sana. Tp kali ni my wife dgn soffeya ikut skali.Yang join hari tu ramai gak 5 kereta semuanya.
1.Aku+wife+soffeya
2.Yus+umi+iskandar
3.Mizi+K.Les+Lin+Faizal
4.Murni+husband+Ros+Kakak+Sasha+Balkish
5.Kak Rad+husband+2 anak
Mcm2 makanan ada. Dgn kutipan duit dr semua yg pegi, byk gakla mknan yg di bawa. Ada kuew tiau goreng, sate ayam dan daging, bbq ikan baulu dan sosej, nasi impit, kuah kacang, cucur jagung, buah jambu, air oren. Pas xtvt bakar-mbakar, kitaorg mkn2. Then barulah aku dgn geng2 yg larat naik bhg atas air terjun yg cantik skit. My wife dgn soffeya mandi kat bwh je. Sronok sakan dia 1st time jumpa air terjun. Smpai mgigil2 dia kesejukan. Pas penat siap ttido lagi atas tikar dgn anak jiran sbelah si iskandar tu. Dlm jam 2 barulah kitaorg bertolak pulang


Thursday, October 9, 2008

Marathon Open House Raya

Salam buat semer. Mood raya masih ada ke hehe. Confirm la tu hehe. Tahun ni cikgu2 sek aku wat open house bergilir2. Kelmarin la mula rumah yg pertama. Murni yg hostkan. Ramai yg dtg smlm. Aku, yus dgn isa smpai lambat skit. Yg lain2, kul 6.30 dh smpai. Kitaorg smpai depa dh nak balik. Menu smlm ialah:
1. Nasi
2. Kurma daging
3. Ayam masak merah
4. Kari ayam dgn roti jala
5.Tumbuk dan buras
Hari ni plak giliran umah aku hehe. So, ptg smlm aku dh cari bhn mentah nak masak. Ptg kmarin dh ansur2 wat mana yg bleh wat dulu. Karang ahri ni tak sempat. Dhla si soffeya tu susah skit kalo dia dh tak nak dok sorang kat atas. Menu kat umah aku ptg ni ialah:
1. Laksa Penang
2. Popia
3. Rendang daging
4. Sasi impit
5. Serunding daging
6. Kuah kacang
7. Kek coklat
Oklah tu rsnya hehe. Tinggal wife aku nak masak kuah laksa je dgn wat popia 100 biji. Klah, dh dekat 6.30, aku nakgi sek. Hari ni ada majlis restu ilmu pelajar PMR dgn ibu bapa. PPD dtg rasmi. Salam utk semer.
Btw, jemput dtg umah ek ptg ni kul 4.30 ptg smpai mlm..

Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Ke-4

Salam buat semua. Hari ni hari raya ke-4. Suasana raya masih lagi terasa. Yang pulang bercuti di kampung mungkin belum balik ke rumah masing2 di bdr. Budak2 masih lagi berkunjung dari rumah ke rumah. Mungkin utk menambahkan lg collection mereka thn ni hehe (teringat zaman kecil2 dulu). Kat tempat aku ni sama gak, pg td pun umah aku msih dikunjungi bdk2 seok aku dgn budak2 kecil. My wife masakkan mihun sup utk depa. Ptg ni plak maybe aku nakgi jln2 umah bekas student aku dulu.
Hari raya pertama, aku dgn jiran sebelah beraya di rumah tuan rumah kami, umah kuarga angkat aku, umah sedara-mara kuarga angkat aku di Kg Muanad, umah Cgu Mat Din/Zakira, umah Syukri dan umah Cgu Nuar. Mlm plak ke-umah Cgu Murni di Balaban. Mcm2 makanan dirasa, perut pun cam penuh je hehe. Antara juadah yg dihidangkan spt nasi kerabu, nasi dagang, lontong, ketupat rendang tu cam biasa la, pastu yg istimewa umah Murni la mkn sup tulang (best woo) dgn mknan Bugis tumbuk (ketupat pulut letak kacang merah) dgn buras.
Raya ke-2 plak, pegi umah Cgu Ayu je ptg. On the way balik singgah umah kuarga angkat aku skali lg bw jiran sblh gi baraya umah dia. Pastu mlm kuarga angkat aku dtg umah.
Raya ke-3 pagi, geng2 cikgu smnjg dtg beraya umah aku. Mula2 skali Nik Hazimin sekuarga, kemudian raj dan ramesh, pastu nik kuswadi sekuarga dan last skali ustaz tarmimi dgn isteri. Ptgnya plak, bekas2 student aku dtg beraya dgn geng2 dia. Menu di umah aku mihun goreng je dgn kuih-kuih skit.

Oklah aku rs cukuplah citer dari raya pertama hingga ke-4 hari ni hehe. Sok, aku ada 2 jemputan kenduri kawin kat kampung kolapis. Satu majlis anak khatijah(nurse klinik desa kolapis-anak dia form 4 sek aku) dan satu lg majlis anak org kantin sek aku(anak lelaki dia tu ex student aku 2006)
Salam utk semua...

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin dari aku sekeluarga. Manalah tahu kot ada yg terkasar bahasa ke, tersinggung kata ke dsb nya lah. Sempena hari baik bulan baik ni marilah kita bermaaf-maafan, mengeratkan silaturrahim sesama kita. Raya tahun ni kami bertiga tak balik smnjg. Beraya di sabah je. Spjg 4 thn aku dok sini, kira ni kali ke-2 lah aku beraya kat sini. Persiapan ala kadar sajalah, buat sikit2 yg mana terbuat oleh wife aku. Nak tau gak ke apa hehe...citerlah skit:
1. rendang ayam
2. nasi impit
3. kuah kacang
4. cornflakes madu
5. coklat chips
6. kacang goreng
7. kerepek2(order khas dr smnjg hehe)
Aku ni beriya2 wat kuih ada org dtg tak ni hehe. Biasanya ada gak student2 aku dtg, pastu cikgu2 smnjg yg tak blk kg. Ramai gakla yg tak balik, dan suh aku gi bry umah depa raya ni. Org sblh umah aku pun tak balik gak. So, takdelah rs sunyi sgt raya kat sini.
Buat kelaurga di kampung (cej mcm depa baca blog aku ni hehe) maaflah tak dpt beraya di kampung tahun ni, Insyaallah thn depan akan diusahakan hehe.
Oklah, aku rs setakat tu sj post aku di pagi raya yg syahdu ni (best gak menaip post sambil mdngr lagu raya hehe)



Friday, September 26, 2008

Merentas Samudera

Salam. Kelmarin, spt yg telah dirancangkan lawatan zoning kami diteruskan dengan lawatan ke smk terusan sugut. Sekolah ni terletak jauh di pedalaman dan kami terpaksa menaiki bot jabatan pelajaran sbah utk ke sana. Jadi satu perjalanan yang jauh akan ditempuh tapi mnyeronokkan. Lihat sendiri gambar di atas, pemandangan saujana mata memandang samudera nan luas yang terpaksa dilalui oleh para pendidik di sekolah tersebut. Kalau angin tidak kencang, tidaklah melantun-lantun bot dipukul ombak. Kalau tidak, ia sgt berbahaya kpd bot2 kecil yg membawa mereka dr pekan beluran ke sana. No wonder, they all dpt elaun pedalaman 3: RM1500/mth. tapi mcm xbbaloi jugak elaun tsbt. Sekali bot keluar ke pekan tambangnya RM500/bot. Pernah jugak enjin bot depa ni mati di tgh2 laut...huhu itu yg ngerinya. Sib baik semernya berjiwa kental snggup menggalas cabaran mendidik anak bangsa.
Kami berkumpul di jeti pekan pd jam 6.30 pg. 12 org semerny tmasuk pemandu bot dr PPD beluran. Perjalanan mgambil ms selama 1j 45 min lebih kurang. Jam 8 lebih kami telah smpai ke jeti kg terusan sugut. Dr jeti 5 min lg berjln kaki dan smpailah ke sek tsbut. Sek ini juga dikelilingi oleh kws rumah2 kampung. Terasa damai bila menjejakkan kaki ke sana. Dr jauh sudah dpt lihat keindahan landskap sek ini. Dlm hati aku bkata, mmg patut depa menang Anugerah Sekolah Harapan Negara Pkat Kbangsaan 2007. Masuk je pintu pagar depan, terasa persekitaran yg kondusif dan sesuai utk pembelajaran. Dari pondok sekuriti hinggalah ke tandas. Ditambah dgn landskap dan bgn yg cantik. Mmg mbuatkan kita kagum la dgn sek ni. Acct dulu mmg daif dan buruk sek ni, tp berkat kesungguhan En Murukesu bekas pengetua sek ini spjg 4 thn lps, telah mbawa satu perubahan yg cukup besar.
Guru2nya kurang dr 20 org. KTBM 4 org. Tp berkat kesungghan mereka, sek ini dpt dibgnkan dan dijaga sedemikian rupa. Yg uniknya, semua 4 org pgawal keselamatan depa perempuan. Sapa yg ngajar sini mmg bestla dgn suasana kampung yg damai dan tenang. Tp satu jelah, kat sini takde line telefon hehe. Tp ada 1 pcawang celcom br dibina kat area sek ni. Mungkin tak lama lagi adalah line tu. Pelajar2ny pula 80% dok di asrama dan slbihny di sekitar sek sj. Dan satu lagi, bdk2 ni mmg bdisiplin, bbeza dgn bdk sek aku dgn bdk di bdr.Oklah aku rs setakat itu shj cerita ttg lawatan aku ke smk terusan sugut. Bak kata pepatah jauh perjalanan, luas pengalaman. Insyaallah apa yg baik mungkin boleh diadaptasikan di sek aku. itulah salah satu objektif program zoning ni.
p/s: Ptg kelmarin, sek wat majlis bbuka puasa dgn pelajar dan ibu bapa. Tgh2 mkn, mati karan plak adui...terus tak best majlis. Mkn pun dgn chy lilin je hehe...

Wednesday, September 24, 2008

Lawatan "Zoning"

Salam buat semua. Dah lama aku tak post sesuatu kat sini. Ini disebabkan aku busy dgn lawatan zoning di sekolah-sekolah daerah Beluran ini. Lawatan zoning ni kira cam nak periksa la keadaan sekolah sbg persediaan awal utk lawatan jemaah nazir. Espc. kewujudan fail2 pengurusan, kurikulum, hem dan kokum. Sekolah aku dh dilawat hari Jumaat lepas oleh rombongan. Kelmarin pula kami rombongan pengetua & PK-PK telah ke smk pamol. Kira-kira 1 jam 1/2 la dr tempat aku ni. Aku dgn pengetua ikut kereta PK1 aku cgu dalmansa. Aku melaksanakan tugasan memeriksa dokumen utk KOKUM dan HEM. Overall ok la.
Hari ni pula, kami ke smk simpangan. Huh..mencabar sungguh nak ke sekolah ni. Dgn jarak yang jauh dr tempat aku almost 300km. Pastu jln dia berpusing2. Pening dan mual gakla aku, dahla bulan puasa. kalau tak bleh gak kunyah2 sstu yg x memeningkan. Dlm hati aku, bila la nak smpai ni. Akhirnya smpai la kami ke sbuah jambatan. Ingatkan dh smpai, rupanya kena naik perahu plak huhu. Dlm 5 minit mcm tu, dtgla bot pihak sekolah dtg jemput. Sib baik pakai enjin, kalo berkayuh mati hehe. ms dlm bot terdetik dlm hati aku, sib baikla dpt posting kat tempat aku skrg ni, jauh lebih baik. Dan aku pun terfikir, mcmn la sek kat dlm hutan ni bleh dibina-cmne dgn bekalan pembinaan dsbgnya????
Bila dh sampai di jeti dekat dgn sekolah, br aku dpt tgk ada kampung kat sekitar situ. Bila dh jejak ke atas tebing sungai barulah dpt lihat kws sek. Acct, kalo korang dpt tgk kat dlm gambar tu, dia mcm sebuah kampung. Sekolah kat tgh2 kws kampung. Dan waktu taklimat oleh pengetua dia, ada bangunan2 yang baru, dibina atas tanah org kampung yg dibg pinjam. Dan masalah utama disini ialah banjir. Sampai bumbung gakla huhu. Setahun smpai 2 kali kdg2 tu. Abis cmne nak sekolah kalo dh asik nak kene bersihkan kws sekolah je. Byk kemudahan yg dah daif aku tgk. So, apa tindakan dr pihak berwajib??? Tepuk dada tanyalah selera. Kalo mslh keputusan exam, prestasi slaluny sek di pedalaman & luar bdr mcm kami ni slalu di highlightkan. Tetapi mslh dan cabaran kami siapapun tidak pernah ambil tahu kan?
Apa yang lebih menarik perhatian aku ialah di sini ada asrama desa utk bdk2 sekolah rendah seawal tahun 1. Kesian aku tgk td depa yg kecik2 ni dok asrama berdikari..mbasuh pakaian, urus diri-angkut air dr sungai. Bekalan air bersih pun tiada di sini, cuma harap air hujan dn sungai jelah.
Oklah aku rs itu shj yang ingin aku laporkan spjg pgalaman satu hari aku ke simpangan kws paitan hari ni. dan sok, aku bakal menempuh satu lagi pengalaman baru. kami akan berangkat ke smk terusan sugut dgn menaiki bot jabatan pelajaran. FYI, smk terusan sugut ni dpt anugerah sekolah cemerlang kategori pedalaman last year. so, nnt aku update psl lawatan aku ke sana esok k. Salam.
p/s: Aku rs ini post yang paling pjg aku pernah taip:)

Sunday, September 14, 2008

Tatihan Pertama Soffeya

Salam
kmarin dulu baby soffeya dh bljr btatih
smlm dia dh bertatih sendiri..
pg td plak dia bertatih lagi hehe
seronok aku tgk dia tkedek2 mgangkat kaki dia
jatuh...bgn lagi..gembira rs
hmm bgitulah prsaan org tua bila anak2 dh pandai bjln kan
arap2 raya nnt dh makin ok hehe
mama dia pun dh tgh mjahit bj kurung utk soffeya
nnt kita tgk bj raya soffeya k
tu tgk dia berposing smbil berdiri sblm jalan hehe

Majlis Berbuka Puasa-Kelab Guru

Salam buat semua
hr Jumaat lepas, Kelab Guru sek aku wat majlis buka puasa
utk guru2 & KTBm sek aku...
riuh gakla ahli keluarga kami semua bkumpul kat bilik seni
menu plak mcm2 ada hehe..
ada berobok(mskan Bugis), bubur pedas S'wak, nasi minyak, kuew tiaw goreng, kuih muih dll
pendek kata tak taula nak mkn yg mana satu hehe
wife aku wat kuih onde2..
wat semer guru2 yg gotong royong msk thx
yg kemas2 mlm tu thx
yg tapau mkn blebih thx jugak hehe
pas ry nnt kita wat jamuan ry plak
dgr citer depa nak msk2 ketupat la, lemang la, rendang la
sure meriah hehe

Friday, September 12, 2008

Hari ke-12 sudah puasa..

Salam,
buka puasa-sahur, buka puasa-sahur..
dh masuk hr ke-12 kita bpuasa
amacam dgn korang semua..
arap2 dpt mhayati bulan ramadhan dgn sebaiknya
terawih, baca quran tu aku rs biasalah tu
utk menambah bekalan kita semua..

kat sekolah takde peristiwa yg penting blaku
cuma rabu lepas waktu kokum ada Tadarrus
aku jd Naqib kumpulan 1
sib baikla ahli2 kumpulan 1 ni boleh baca Quran
takla tkial2 cam kumpulan lain
sempatla abis 1 Muqaddam
kesian depa nih...dh sek men pun
msih ramai yg xtau bc Quran:(

pelawat pun tunda tarikh lawatan
kalau tiada aral 19/9 ni depa dtg
so, masing2 dok sibuk setelkan fail
aku nyer fail kokum masih btrabur..
fail panitia, jadual waktu seme dh beres
arap2 dpt siapkan by next week

soffeya plak dh pandai bgn sdiri
ada gakla dia bertatih 2,3 langkah
ry ni bleh jln kot hehe
kalau di tanya? siapa nama soffeya angkat tgn
terus diangkatnya dua2 tgn
kalau di suuh solat sebut Allahuakbar
terus dia sujud wpun satu bdn direbahkannya hehe

klah sekian utk hr ni
salam..

Monday, September 8, 2008

8 Ramadhan

Salam utk semer
rsnya msih blum tlambat utk aku ucapkan slmt bpuasa
seminggu aku tak post anything kat sini...ttiba rs malas hehe
wpun hr2 aku singgah sini hehe
maybe sbb mood bpuasa kot
utk edisi ramadhan kali ni aku postkan pic soffeya bertudunglah
amacam ayu tak anak aku yg sorang nih hehe

to ikha: anak aku dh sihat dh...alhamdulillah..btw thx sbb singgah
oklah aku dh nakgi sek ni..nnt aku post lg k
till then...salam

p/s: utk Lan(KK KPLI TMK di M3P) dan Syida(UPSM, UKM) slmt btunang k:)

Saturday, August 30, 2008

Piala Kemenanganku..

Salam,
minggu ni ler minggu yg paling bz aku rs..
program tak abis2..
rabu ada motivasi oleh dr azmi
khamis..ihya' ramadhan
jumaat..pnutup kmerdekaan
hr ni plak..prog gaya hidup sihat anjuran KBS
hr ni sek ganti..catat rekod 150 org budak xhadir
apala budak2 ni..tp sib baik hr ni xblajar
bulan ni je aku dpt 2 piala hehe
piala yg ni aku dpt utk spelling bee guru2
smpena minggu bahasa..dpt no 3
pkataan yg aku salah...OBEDIENT
apsal la aku gi eja OBEDIENCE
over confident la tu hehe

yg ni plak aku dpt kmarin
larian merdeka utk guru2
5km gakla aku blari...huh ampus (penat) giler
mula2 no 2..pastu kene potong dgn cikgu suresh
dptla no 3 hehe


pg td sibuk dgn prog gaya hidup sihat
mula2 senamrobik oleh Beluran Aerobic Team (BEAT)
pastu ada ceramah kesihatan, kuiz dan pemeriksaan ksihatan
ni result aku dpt

Tinggi: 172.6cm
Berat: 72.6 kg
BMI: 24.4-->normal
Ukur Lilit Pinggang: 92 cm/36 inc (aduii aku dh boroi ar hehe)
% Lemak tubuh: 26.6%--->lebih skit dr normal 20-25%
Tekanan Darah: 130/80 tinggi skit ar


sblum blk ada pjumpaan ringkas kat blk mesyuarat
psl lawatan nazir next week..
so, td kene antar seme fail
next week aku rs akan sibuk lagi
klah chow dulu

Thursday, August 28, 2008

Khamis Yang Sibuk..

Salam..
kmarin aku dpt surat kene hadir taklimat kendiri kantin
dh pgetua, pk hem, pk 1 semer ada hal..aku ler yg kene gi
kul 6.15 pg aku btolak
jam 7.45pg smpai di ILP dn terus aku gi daftar
jam 8.45 br le nak mula taklimat

pastu ms taklimat tu..ada cikgu2 yg dok sibuk2 btanya soalan
sbb keliru dgn perbezaan peraturan KKM dgn KPM
act depa nih kurang bijak bpikir..panas gakla dewan tu pg td
last2 ada la sorng pegawai dr PPG sandakan 'sound'
brlah ok skit..

jam 10.30 dh abis..ada mkn tgh tp aku chow
singgah giant jap beli ayam..
pastu singgah servay beli kurma, sayur dgn buah
smpai beluran jam 1.00tgh

pegi sekolah jap..
tgk2 psiapan utk pnutup merdeka sok pg
ada larian, pertandingankoir dll

ptg plak...ada futsal merdeka
sek aku anjurkan utk guru2/ktbm sek2 bdekatan
tp yg turn out 2 team je hehe
kami kalah 7-4 td kpd smk beluran bestari
oklah tu hehe..(dlm hati kalah lagi)
chow

Jln2 Ke Tawau..

Salam,dh bbrp hari aku tak update blog..
sek buka..tp aku amik CRK 2 hari
antar wife aku gi interview KPLIkat IPG Tawau
on 26/8tp kitaorg jln 25hb sbb aku blum penah pegi Tawau lg
btolak dlm jam 9.30 pg smpai sana jam 2.30 ptg
jln pun ok x mcm sndkan/ ke kk teruk sgt blubang2
smpai2 trus cek in kat De Choice Hotel
tgh2 bdr tawau..ada promotion
bilik king size dpt RM95 drpd harga asal RM105
comfortable gakla hotel tu

pas cek in aku gi setelkan urusan bank
then gi mkn kat tepi laut..order nasi goreng, sup ayam, telur dadar,
air kicai sama milo ping..semernya RM 13
rasa mkn pun not bad la..
smpat gakla beli kopok lekor RM3

kul 9pg 26hb aku trus cek out dn ke balung
giler jauh dr bdr IPG tawau nih
sblum msuk dlm..smpat sarapan kat balung sedap corner
order ns goreng, kuew tiau sama teh o dan milo
RM 10.50..lg murah kot
interview pun ok..mudah-mudahan dptla thn depan
Insyallah..so ms my wife tgh interview aku la yg mjaga si kenit tu
dr jam 10.00 smpai kul 1.30
siap ttido2 lg atas riba aku..kesian baby
pas interview trus blk beluran
on the way blk smpat singgah tmpat jual kopok lekor
beli RM15 dpt 15 batang..

smpai beluran lebih kurang jam 6.15ptg
walaupun penat tp puas hati
sbb my wife pun rs puas hati

p/s: apa yg di beli di tawau? 2 mainan soffeya je hehe (handphone & doll)

Saturday, August 23, 2008

Happy Birthday Soffeya

Salam,
kmarin dulu soffeya genap stahun
tp aku wat mkn2 doa slmt sama birthday dia kmarin
sbb hr khamis aku PTK dan dia kene gi spital sama Klinik Desa
takut tak sempat masa je

wife aku yg masak semer...
ada laksa Johor, roti jala, kek coklat, tembikai, nugget, air sarsi
aku ajak cgu2 1 sekolah, cgu2 smnjg dan kluarga angkat aku
dr jam 5 smpai mlm gakla..
thx Cgu Md Nor bacakan doa selamat kmarin
dn kwn2 yg sudi dtg..pd yg xdpt dtg, lain kali plak la aku ajak k
Happy Birthday Baby Soffeya :)


p/s: hadiah nnt dulu la yer hehe...mama ckp suh bg rantai sehelai hehe

Kesian Baby Soffeya

Salam,
hampir 2 minggu aku xupdate blog aku ni
ada byk perkara yg berlaku dlm ms tsebut..
yg paling sedih..anak kesayangan aku masuk spital pd 7/8
kene jangkitan kuman dlm paru2...
so, aku brulang alik ke spital ms tu..
tido sana temankan wife aku
sib baik dok wad 1st class...selesa dan privacy skit
alhamdulillah..smakin hari soffeya makin baik
dan pd 15/8 soffeya dh kuar dr spitalsyukur kpd Allah dia dh ok..
risau gak kami berdua hari tu..
khamis lepas ada appointment doc
lepas cek doc ckp dh ok cuma lain kali kene cek skali lagi la
skrg ni dia selsema je
arap2 soffeya sihat seperti dulu
berat dia pun dh turun dr 9 kg ke 8.5kg
maybe sbb selera mkn kurang skit waktu kat spital
thx pd kwn2 yg doakan kesihatan soffeya
dan yg bagi sokongan moral
last sekali Papa Sayang Sangat Kat Soffeya
Baby bagus2 k...:)

Tuesday, August 5, 2008

Gaya Tidur Apakah Ini Hehe...:)

Salam...ni entri kedua aku mlm ni. Bukan apa...mls nak cmpur cerita dgn kem motivasi tu hehe. Soffeya dan my wife dh blk sini hr Ahad lps...pas abis pnutup kem tu trus aku ke airport amik depa bdua. Smpai2 je mama bgtahu Soffeya demam dan muntah dlm flight. Kesian dia..nmpak sgt dia keletihan dan mrengek. Tp, smpat gakla dia tsengih kat aku..

Pastu kitaorg trus ke bndr, beli brg2 dapur dan urusan bank. Ms mkn kat KFC tepi Sandakan Waterfront tu..dia muntah2....3,4 kali gakla. Bdn dia pun panas dan lesu. Sian dia. Pastu trus aku cari specialist kanak2 kat Tyng garden tp tutupla plak...mama ckp bdn dia dh ok skit. maybe sbb td dh bg ubat kat dlm keter. Trus kitaorg btolak blk ke Beluran. Smpai umah muntah2 lg..mama dia pun dh naik risau. Takut kurang air dlm bdn je. Sib baik ok pastu. kmarin la kitaorg gi spital dn doc ckp kahak dlm tekak dia yg nyebabkn dia muntah tu sbb tak reti nak buang. lega skit bila doc dh ckp cmtu. Tp smapi hr ni batuk dia msih kuat. kalo dia tido, siap tjaga bila batuk. Sian bucuk papa...cepat sembuh ya sayangku!

Aku post hr ni psl dia ler..cuba tgk pic kat atas ni. ha..itulah gaya tido yg unik dr anak Cikgu Wan utk tatapan semer hehe. Gambar ni mamanya yg snap pg td...blk2 ditunjuk kat aku. trus aku terpk nak upload kat blog hehe..

Klah.stakat ni dulu utk mlm ni
Wsalam..


"Gemuruh Jiwa, Semangat Membara"

Salam buat semer,setelah 2 hr pas blk kem motivasi Br hr ni aku rs cm ilang penat skit. Hr ahad tu lagi penat, kul 9.00 dh ttido hehe..

So aku nak citer skit psl kem motivasi tersebut ar. Di buat di Tmn Jalil Alip Sandakan..very nice place...tgkle a few pics kat bwh ni yg aku snap hehe
byk gakle program yg kami jlnkan kat depa. Antara yg best...trekking mlm. Kitaorg jln kaki 15km pergi balik dr kem ke RDC ataupun Rainforest Development Centre..mlm2 buta lalu jambatan gantung dan canopy walkway yg tinggi beratus kaki dr tanah. Tp ksian gak ar depa...blk dgn kepenatan dlm kul 2.00 pg
Pastu explorace berhalangan...dia nyer halangan pun best2 ar...ada jambatan gantung dll(spt dlm gambar yg bdk2 aku kene rendam tu hehe) Act depa ni ni nak mandi..pastu Cikgu Yus kata bleh, jom kita mandi ramai2...pastu semer kene turun dlm kolam teratai tu hehe Lebih 15 min dok brendam dlm tu..semer ksejukan hehe

ni, cuba korang tgk apa yg pelik tentang pokok kelapa ni hehe..ha betul..btgnya bcabang 3...terus aku snap gambar pokok kelapa ni hehe
tp yg paling best..lagu tema yg aku cadangkan iaitu lagu Faizal Tahir: Gemuruh...hari2 depa nyanyikan dengan iringan gitar. Hr pnutup...depa nyanyi dgn penuh semangat...pastu siap ada pmintaan dr guru2 suh nyanyi sekali lg hehe. Apa lagi kitaorg guru2 semer pakat naik atas stage tu nyanyi sama2

Oklah itulah serba sdikit psl program menggapai bintang tsbut. Arap2 semer yg join hr tu dpt kputusan yg cemerlang nnt dlm PMR dan SPM 2008. Insyallah...

"Gemuruh Jiwa, Semangat Membara, Dari Puncak Ingin Ke Angkasa, Berkalungkan Bintang Berkelipan, Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"
Related Posts with Thumbnails